3 Hari Menjelang Final Piala Malaysia 2013. Menyaksikannya di kaca - TopicsExpress



          

3 Hari Menjelang Final Piala Malaysia 2013. Menyaksikannya di kaca television VS secara langsung di Stadium. Tak perlu apa lagi untuk digusarkan.. kerana saya percaya kebanyakkan penonton yg berhajat ke stadium telah memiliki tiket masing-masing. tidak kisahlah sekiranya kali ini anda terpaksa membayar harga yg mahal untuknya. Ini adalah perlawanan yg cukup berprestij, yg sekiranya berlangsung di luar dari negara ini, harga yg anda bayar untuknya mungkin berkali-kali ganda lagi. Kelantan tidak asing lagi untuk melangkah ke final, pasukan ini serta penyokongnya seperti telah disumpah setelah mereka membakar stadium SBJ untuk tampil setiap tahun bagi mana-mana edisi final. Dan tahun ini membuktikannya lagi dengan mara ke perlawanan akhir kedua-dua saingan piala FA dan Piala Malaysia. Syabas dan tahniah. Namum setiap kali mara pasti ada kontroversi membabitkannya. Di final FA, Kelantan terpaksa bertemu musuh baru mereka.. JDT. Pasukan dari selatan ini yg pada awalnya dijulang semenjak awal musim akhirnya diserlahkan kepalsuan pada Final Piala FA. Tak cukup dengan itu akhirnya mereka diratah dan dilucutkan kehormatan ketika tewas 6-1 di Kota Bharu dalam saingan suku akhir piala Malaysia. Berbalik pada soal kontroversi, kali ini berkaitan dengan tiket. Secara peribadi saya melihat soal ini dalam sudut positif. Apa yg terjadi tetap ada hikmahnya. Saya melihat perkembangan ini sebagai proses evolusi yg akan membawa bolasepak ke satu aras yg lebih tinggi di negara ini sekiranya kita berjaya mendapatkan output positif darinya. Ini bukannya lagi sukan kekampungan. Sukan ini sudah punya nilainya yg tersendiri dan sudah tentu setiap entiti padanya juga perlu diberikan nilai sekarang. Penaja tidak perlu berdolak dalih dalam menetapkan bayaran penajaan mereka. Dan ada ketikanya saya menyatakan yg tiket yg dikeluarkan ini sebenarnya masih di jual dibawah harga sebenar. RM 40 bukanlah nilai sebenar bagi perlawanan final ini, kerana perlawanan ini merupakan perlawanan rasmi yg terakhir sebelum liga Malaysia melabuhkan tirainya. Namum sebaliknya sekira harga itu cuma tertakluk pada kelebihan yg ada pada kad tuh sekarang. Ianya M.A.H.A.L, RM 40 ringgit utk sekeping tiket bagi tempat duduk yg tak pasti dengan kemudahan yg dan prasarana yg daif, tahap keselamatan yang diragukan serta persekitaran yg tidak sihat. Tiket terbuka di jual tanpa seating arrangement dan lebih teruk lagi pintu masuk pun tidak ditetapkan, walhal di stadium kapasiti ini sudah sedia ada. Ini pastinya memberikan gambaran buruk terhadap pengurusan dan pengendalian kejohanan ini. ..to be continued
Posted on: Thu, 31 Oct 2013 14:49:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015