3 lelaki tempatan ditahan Posted date: January 17, 2014 Oleh - TopicsExpress



          

3 lelaki tempatan ditahan Posted date: January 17, 2014 Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Tiga orang lelaki warganegara Brunei telah di tahan di bawah Akta Undang- Undang Jenayah (Tahanan Kerana Keselamatan) Penggal 150 kerana menggunakan taktik yang membahayakan bagi mengugut dan menakutkan pegawai penguatkuasaan undang- undang semasa bertugas. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei di sini, hari ini, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada November 2013 dan di bawah Akta berkenaan, seorang individu boleh ditahan tidak melebihi 12 bulan jika Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berpuas hati bahawa individu berkenaan terlibat dalam kegiatan-kegiatan berunsur jenayah dan penahanan individu berkenaan adalah perlu bagi memastikan keselamatan awam, keamanan dan ketenteraman Negara Brunei Darussalam. Pasukan Polis Diraja Brunei menegaskan bahawa pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan pegawai penguatkuasaan undang- undang yang bertugas, termasuk keluarga mereka. Pihak polis juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu mengikut perundangan Negara Brunei Darussalam termasuklah menggunakan peruntukan di bawah Akta Undang-Undang Jenayah (Tahanan Kerana Keselamatan) Penggal 150. Penahanan itu, merupakan satu peringatan kepada mana-mana pihak atau individu untuk sentiasa memberikan kerjasama dan patuh me-ngikut arahan atau apa jua perintah yang diberikan oleh mana-mana pegawai penguatkuasaan undang-undang yang bertugas selaras dengan kuasa-kuasa yang ada pada pegawai itu. Kenyataan itu berkata, penahanan itu hendaklah juga dijadikan satu iktibar dan amaran penting dalam membendung dari berlakunya kejadian seumpamanya di masa hadapan.
Posted on: Fri, 17 Jan 2014 16:41:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015