5 Tip Sebelum Memilih Pakej Umrah Tip 1 – Pemilihan hotel - TopicsExpress



          

5 Tip Sebelum Memilih Pakej Umrah Tip 1 – Pemilihan hotel penginapan di Makkah Makkah kini tidak seperti dahulu. Banyak hotel-hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram telahpun diruntuhkan akibat dari Proses Pembangunan Makkah yang baharu. Hotel yang dekat dengan Masjidil Haram ialah hotel yang bertaraf bintang. Soalnya adakah kita mampu untuk menginap di hotel sedemikian ? Pada hemat saya, sebenarnya ramai jemaah yang mampu. Pakej Umrah Istimewa kami berlepas 3hb Mac 2012, hanya RM6680 dengan menaiki flight MAS. Tempoh 13 hari dan 11 malam. Ramai yang membayangkan bila tinggal di Hotel Retaj al-bayt atau ZamZam Tower harga pakej mencecah angka RM10 ribu. Ia boleh mencecah harga sedemikian jika tiket flight kita “business class” atau memilih hotel bertaraf 5 bintang di Madinah. Untuk makluman, tinggal 3 malam di Hotel Oberoi Madinah menyamai kos tinggal 7 malam di Hotel Retaj al-bayt. Dalam keadaan hotel di Madinah rata-ratanya ‘ok” bagi jemaah, lebih baik kita fokus hotel terbaik di Makkah. Banyak yang boleh jimat. Kecuali atas pilihan jemaah. Hotel murah memang ada di Makkah, tetapi lokasinya jauh dari Masjidil Haram. Penganjur pula kata jarak hanya 200-300 meter aje ke masjid. Hakikatnya jaraknya lebih dari itu. Sanggupkah kita berjalan kaki ulangalik ke masjid setiap hari jika jarak hotel 500 meter ke masjid. Jika kita solat 5 waktu, maknanya paling kurang kita berjalan kaki sejauh 5km setiap hari. Pergi balik sahaja sudah 1km didarab 5 waktu. Itu tidak dikira jika jemaah selalu singgah di kedai-kedai sepanjang laluan. Kerana itu, ramai jemaah yang merungut mengenai masalah ini. Masa tu, ada jemaah yang sanggup bayar “double” pun tak apa, asal hotel dekat dengan Masjid. Soalnya bila sudah tiba di Makkah baru timbul penyesalan memilih pakej Umrah harga murah. Tanyalah kepada yang pernah ke tanah suci, tanya pengalaman mereka. Pasti masalah hotel yang jauh dari Masjid yang menjadi keluhan utama. Ini belum lagi cerita mengenai pasarana qualiti hotel yang murah. Dah la jauh, bilik hotel pula kecil dan sempit. Nak simpan bag pakaian pun jadi masalah. Almari pula tak da. Maka jemaah terpaksa mencari tali untuk dibuat ampaian dalam bilik untuk sidai pakaian. Dewan Makan pula sempit. Jemaah terpaksa bersesak-sesak untuk mengambil makanan. Nak makan pula meja makan terhad. Terpaksa pula berkongsi “buffet” dengan catering dari syarikat lain. Bayangkan dewan makan yang boleh memuatkan 20 orang jemaah makan dalam satu masa, set catering pula ada lebih dari 2 atau 3 syarikat. Sudahnya ramai jemaah yang bawa makanan dalam bilik aje, kerana nak makan payah sangat. Masalah lift. Ini belum lagi masalah lift yang kecil dan sempit. Slow pulak tu. Nak tunggu lift macam orang bercinta. Jika nak turun ke bawah, rasanya cepat lagi turun tangga dari tunggu lift. Tapi bila nak naik, sabar aja la.. Tip 2 – pemilihan flight/kapalterbang Jika pentingkan keselesaan, pilih flight yang direct ke Jeddah atau Madinah. Samada flight MAS atau Saudi. Harga tiket memanglah lebih sedikit dari harga tiket flight transit. Tetapi jika nak jimat (mungkin kerana ahli keluarga yang nak ikut ramai) boleh ambil flight transit dari negara-negara Teluk. Kuwait airways contohnya. Transit tak lah lama sangat dan selalunya ikut jadual. Lagipun biasanya flight dari negara-negara Teluk Arab ni, mereka cukup jaga standard. Orang Arab la katakan. Elakkan dari ambil flight dari negara-negara Hindi, tak kira dari Bangladesh ke, Pakistan ke atau seangkatan dengannya. Kebiasaannya jadual flight membuatkan jemaah terpaksa bermalam di negara mereka. Dan juga kerap berlaku jadual flight “delay” yang mengakibatkan perjalanan jemaah menjadi lebih lama dari jadual sepatutnya. Harga tiket flight mereka memang murah berbanding yang lain. Tetapi bila berlaku masalah, jemaah juga yang terpaksa menanggung akibatnya. Sabar aje la..jika tidak boleh terjejas mood kita semasa di tanah suci. Tip 3 – adakah harga yang ditawarkan munasabah ? Banyak penganjur pakej berlumba-lumba mendapatkan jemaah dengan menawarkan harga yang terlalu murah sehingga orang lain tidak boleh lawan harga mereka. Merekalah juara pakej Umrah harga rendah. Soalnya adakah perkhidmatan yang ditawarkan boleh memuaskan hati jemaah. Banyak faktor yang mempengaruhi harga sesuatu pakej. Dari harga tiket flight, standard hotel Makkah dan Madinah, pengangkutan, ziarah dan juga perkhidmatan yang ditawarkan. Ungkapan “bayar harga murah, dapat services murah” biasa kita dengar. Saya yakin pakej harga murah jarang yang dapat memuaskan hati jemaah sebaik kembali ke tanah air. Penganjur pakej Umrah harga murah sudah pasti akan “cut cost” perbelanjaan di tanah suci. Dari kemudahan hotel penginapan yang jauh hingga kepada kos-kos yang tersembunyi. Ada penganjur yang menjual pakej dengan tidak memasukkan kos ziarah di tanah suci, atau kos makan minum dan sebagainya. Bila jemaah sudah mendaftar, baru dinyatakan pakej yang diambil tidak termasuk ziarah ataupun makan minum di tanah suci. Bila jemaah kata nak ambil kesemuanya, tambahan kos terlibat menyebabkan pakej tersebut menjadi lebih mahal dari pakej Umrah syarikat lain. Tip 4 – adakah Tour Leader bersama dalam rombongan? Kerap berlaku pakej Umrah harga murah tidak menyediakan Ketua Rombongan atau Tour Leader. Tambah kesian apabila jemaah yang kerap ke tanah suci dilantik menjadi Ketua Rombongan. Apabila berlaku masalah, semua jemaah merujuk kepada Ketua Rombongan, baru lah terbongkar rahsia, rupa-rupanya Ketua Rombongan juga adalah jemaah seperti mereka. Ketiadaan Ketua Rombongan boleh menyebabkan masalah besar kepada jemaah. Lebih-lebih lagi kepada jemaah yang mengambil flight transit. Apabila jadual flight mengkehendaki jemaah terpaksa bermalam di negara tersebut, baru timbul kekecohan. Kepada siapa harus dirujuk untuk mendapatkan “voucher hotel” untuk menginap dan siapa yang hendak dirujuk. Pandai-pandai jemaah lah menyelesaikannya sendiri. Kesian kepada makcik dan pakcik tua yang tidak ada pengalaman langsung naik kapalterbang. Tip 5 – Persiapan awal sebelum ke tanah suci Sebaiknya jemaah melengkapkan diri mengenai ilmu menunaikan Umrah. Hadiri kursus Umrah terlebih dahulu, jangan jadi jemaah ikut-ikutan sahaja. Ibadah Umrah yang dilakukan akan lebih bermakna jika jemaah tahu cara-cara dan hukum-hakam yang berkaitan. Beramal tanpa ilmu adalah kerja yang sia-sia. Boleh jadi semasa menunaikan Umrah, jemaah tidak sedar ia telah melakukan kesalahan dalam ihram. Pernah berlaku kepada seorang jemaah Umrah, ia telah menyentuh kain Kaabah semasa melakukan Tawaf Umrah. Cukup 7 kali tawaf, jemaah tersebut melakukan saie dan bergunting (bertahalul). Kembali ke hotel jemaah tersebut menanggalkan kain ihramnya. Selepas 2 hari, seorang Ustaz berceramah mengenai ulangkaji ibadah Umrah, baru jemaah tersebut tersedar yang ia telah melakukan kesalahan semasa tawaf Umrah iaitu dengan menyentuh Kaabah. Baru ia sedar ibadah Tawafnya tidak cukup 1 pusingan, saie nya juga tidak sah kerana dilakukan sebelum sempurna tawaf, bergunting sebelum waktunya dan sudah memakai pakaian yang berjahit. Inilah akibatnya jika kita menunaikan Umrah dalam keadaan bekalan ilmu tidak cukup mantap. Yang rugi ialah jemaah itu sendiri. Nasihat saya, sebelum menunaikan Umrah hadirilah Kursus Umrah yang dijalankan oleh syarikat penganjur atau sesiapa sahaja yang menganjurkannya. Yang penting mantapkan ilmu Umrah terlebih dahulu agar ibadah yang dijalankan benar-benar mendatangkan kesan kepada jiwa kita. Tulisan Hj Iqbal, Ajwa Travel
Posted on: Tue, 27 Aug 2013 00:53:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015