:: 5 Tips Pembelian Barang Bayi :: 1. Car Seat Apabila bercakap - TopicsExpress



          

:: 5 Tips Pembelian Barang Bayi :: 1. Car Seat Apabila bercakap mengenai barangan bayi, semestinya car seat akan disenaraikan sebagai barang penting dalam list pembelian terutama bagi pasangan yang bekerja. Sebagai pengetahuan, anak perlu berada dalam keadaan selamat seperti car seat sehingga mempunyai ketinggian melebihi 4 kaki 9 inch mengikut undang-undang yang diwartakan di Amerika Syarikat. Sebagai plan jangka panjang, saya lebih syorkan untuk terus memilih model boleh ubah yang berfungsi untuk bayi kecil dalam keadaan mengadap kebelakang dan untuk bayi lebih besar apabila menghadap kehadapan. Pemilihan infant car seat (dengan pemegang) hanyalah untuk penggunaan jangka masa pendek (lebih kurang setahun) berbanding model biasa yang lebih ekomomik dengan pengunaan sehingga tahap maksimum ketinggian kanak-kanak. Dan percayalah, model murahan (yang diluluskan) juga mempunyai tahap keselamatan yang setara dengan jenama-jenama terkenal lain. 2. Stroller Stroller adalah barang bayi yang mesti dimiliki oleh setiap pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Penggunaan stroller terutama semasa membeli belah di pasaraya atau semasa melancong sememangnya amat membantu meringankan beban berat bayi serta membolehkan rutin harian bayi seperti tidur tidak terganggu dengan aktivi-aktiviti orang dewasa. Nasihat saya, adalah lebih praktikal untuk memilih baby buggy (stroller mudah lipat seperti payung) berbanding stroller konvensional biasa. Stoller konvensional sebenarnya agak tidak praktikal disebabkan saiznya yang agak besar dan susah untuk menyimpannya didalam kereta apabila tidak diperlukan. Percayalah stroller yang terlalu canggih dan complicated sebenarnya hanya boleh digunakan semasa bayi berusia 3 bulan kebawah sahaja. Sebaliknya, ibu bersalin jarang keluar berjalan-jalan dalam waktu tersebut. Penggunaan baby buggy pula tidak sesuai untuk bayi lebut baru lahir (bawah 3 bulan) tetapi lebih praktikal sehingga 3 hingga 5 tahun terutama kepada pasangan yang kerap keluar bersiar-siar. (Saya dan isteri sendiri terpaksa membeli 2 buah disebabkan stroller pertama tidak praktikal semasa kami keluar melancong) 3. Baby Carrier Penggunaan baby carrier juga adalah penting seperti mana stroller disebabkan bayi kita kadang-kadang tidak selesa berada dalam stroller dan ingin berada lebih dekat dengan ibubapanya. Selain itu, ianya juga lebih praktikal sekiranya kita hanya keluar untuk perjalanan pendek serta untuk keadaan permukaan tidak rata seperti Cameroon Highland dan sebagainya. Dalam pemilihan baby carrier, saya nasihatkan agar memilih model yang mempunyai tali sokongan belakang untuk si pemakai (Tali yang menghubungkan dua penggalas). Sekiranya tiada, beban yang ditanggung boleh menyebabkan sakit pinggang serta pemakai semestinya tidak mampu mendokong bayi dalam jangka masa yang lama. Selain itu, kepelbagaian jenis galas juga memberi merit dalam pemilihan. Pastikan baby carrier mempunyai tali sokongan belakang. 4. Breast Pump Ibu moden masa kini lebih terdidik mengenai kepentingan susu ibu untuk si kecil dan ianya menjadi antara barangan penting dalam list pembelian barangan bayi masakini. Namun, hanya segelintir ibu-ibu sahaja yang meneruskan susuan ibu walaupun membeli breast pump yang mahal disebabkan kurangnya semangat untuk mengepam dan menyimpan susu. Adalah digalakkan untuk menunggu sehingga bayi lahir dan habis cuti bersalin sebelum membuat keputusan untuk membeli breast pump. Selain itu, pemilihan berdasarkan kos semata-mata mungkin akan menyebabkan anda menyesal di kemudian hari. 5. Baby Bouncer Penggunaan baby bouncer amat berguna terutama apabila ibu terpaksa meletakkan bayi sebentar untuk sesuatu tujuan. Namun, tempoh penggunaanya yang terlalu singkat (sehingga bayi 10kg) membuatkan pembeliannya tidak ekomomik. Bayi juga akan lebih aktif apabila berusia 3 bulan ke atas dan memungkinkannya jatuh dari bouncer apabila bergerak ke kiri dan kanan. Adalah lebih baik sekiranya anda meminjam dari sanak-saudara atau rakan-rakan dari menghabiskan wang untuk membelinya. Diharapkan tips-tips diatas dapat membantu dalam membuat persiapan menyambut kelahiran bayi yang dinanti-nanti. Walaubagaimanapun, pilihan masih ditangan anda. --------------------------------------------------------------------------- Salam, ramai tak ibu2 yg sedang online?? Admin nk mtk likes page ibu2 --> Pengedar jsd Melaka TQ kpd yg sudi
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 03:24:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015