53 X Dimusnahkan Antara pengajaran dari bumi Palestin yang Allah - TopicsExpress



          

53 X Dimusnahkan Antara pengajaran dari bumi Palestin yang Allah bentangkan kepada umat Islam adalah kesabaran dan thabat - kekal tetap teguh - perjalanan pertama menuju kemenangan. Akan kekalkah kita untuk terus mengambil hak yang dirampas sebanyak 53 kali ?. Tanyalah iman masing-masing di bulan yang mulia ini. Inilah yang berlaku kepada saudara kita di bumi Palestin, disebuah penempatan perkampunhan Al-Araqib, Negev, Palestin 48. Untuk kali ke-53 rejim penjajah Zionis Israel datang menghancurkan rumah-rumah mereka. Jentolak Israel disokong oleh pasukan polis yang besar, berpuluh-puluh rumah ranap menyembah bumi pagi semalam. Menurut Syeikh Abu Sayah Aaron, ketua perkampuan Al-Araqib berkata, "Ini adalah kali ke-53 perkampungan ini diranapkan oleh Zionis sejak Julai 2010 lagi. Habis rumah tempat kami berlindung dari panas dan hujan, apatah lagi di bulan Ramadan ni, satu kezaliman yang langsung tidak dapat diterima oleh akal manusia". "Walaubagaimanapun saya tetap akan membinanya kembali", jelas beliau. Kejadian tersebut telah mendapat perhatian aktivis Arab dan Yahudi membantu membina kembali penempatan tersebut. Negev adalah kawasan yang sedang dibangunkan oleh rejim Zionis Israel, dinamakan "Prawer", oleh yang demikian penduduk di kawasan tersebut berdepan dengan pemindahan besar besaran, walaubagaimana pun rakyat Palestin dan aktivis yang menyokong mereka sentiasa mengadakan demontrasi aman bagi mengembalikan hak mereka. Terdapat 52 keluarga menetap di perkampungan tersebut.
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 00:39:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015