7 sebab kenapa Indonesia tidak akan ganyang Malaysia! Tergelak - TopicsExpress



          

7 sebab kenapa Indonesia tidak akan ganyang Malaysia! Tergelak besar aku baca kisah puak2 pendemo di Jakarta baik Bendera atau apa lancau nama NGO lain yang berdemo depan Kedutaan Malaysia di sana konon memberi amaran akan bertindak "keras" jika tidak selesaikan isu persempadanan antara kedua negara dengan segera. Kepala bapak dia. Ingat senang nak selesai masalah ni. Ingat garis sempadan ni boleh garis atas kertas dengan pen ke. Tambah pulak kalau libatkan kawasan maritim. Walaupun memang dah terang-terang dalam peta, mesti terbabas punya. Itu yang berlaku sehingga tercetus insiden 3 pegawai merin mereka yang kena tahan dik merin Malaysia yang menyebabkan mereka marah sangat kat Malaysia tu. Berbalik kepada pendemo tadi, ada di kalangan mereka begitu lantang nak "ganyang Malaysia" istilah yang paling popular masa zaman Soekarno nak takluk Malaysia ketika zaman konfrontasi tahun 1963-66 dulu yang hasilnya Indonesia kalah dan Soekarno malu sendiri. Jadi kat sini aku senaraikan 7 sebab kenapa Indonesia tidak akan ganyang Malaysia, melainkan suara2 sumbang budak-budak bodoh yang nak serang Malaysia pakai buluh runcing tu...: 1) Mereka takut dengan kekuatan tentera Malaysia yang pastinya akan dibantu oleh para tentera sekutu Komanwel terutama dari Australia, sepertimana ketika konfrontasi dulu. Malaysia adalah anggota Komanwel sedangkan Indonesia tidak menyertai mana-mana pakatan negara (bersendirian). 2) Walaupun jumlah tentera Indonesia lebih ramai, tetapi difahamkan dari segi kelengkapan persenjataan dan infranteri, Malaysia jauh lebih baik dan moden. Tentera kita lebih banyak pengalaman menghadapi perang sebenar kerana banyak menyertai misi keamanan PBB atau latihan bersama negara lebih maju seperti Australia dan (akan datang) AS. 3) Rakyat Indonesia begitu ramai di Malaysia. Ibarat kalau tentera Indonesia menggugurkan sebiji bom di tengah bandar Kuala Lumpur, ada kemungkinan 50 peratus yang menjadi mangsa adalah rakyat mereka sendiri yang sedang bekerja membuat bangunan, berniaga di pasar, mencuci bangunan dan jalan, menjaga tiket parking, sebagai bibik, dll. 4) Malaysia mempunyai ramai pakar membuat bom. Buktinya dua pakar bom yang dihantar ke Indonesia - Nordin Mat Top & Azhari - sudah cukup membuatkan negara yang mempunyai 150 juta penduduk itu huru-hara. Apa lagi kalau mereka datang ke Malaysia, sudah pasti masih ada beratus-ratus "Nordin Mat Top" di sini. 5) Indonesia akan mengalami kebangkrapan kerana mereka tidak lagi menerima sumber kewangan dari Malaysia sebab Malaysia akan menghalang rakyat mereka yang bekerja di sini mengirimkan wang mereka ke Indonesia. Khidmat Western Union dan lain-lain dihentikan. Ini menyebabkan ekonomi Indonesia jatuh merudum akibat ramai rakyat Indonesia kehilangan sumber kewangan utama mereka - saudara mara atau anak isteri mereka di Malaysia. 6) Usaha mereka akan mendapat bantahan rakyat mereka sendiri terutama dari orang Aceh yang paling banyak menerima bantuan dari Malaysia ketika tsunami, Sumatera, Riau dan Kalimantan Barat dan Timur. 7) Indonesia tidak mahu "kehilangan" Malaysia kerana tanpa Malaysia sudah pasti kehidupan Indonesia lebih sengsara. Siapa yang nak bantu mangsa gempa mereka, nak padamkan hutan mereka yang terbakar... Setakat ini sajalah sebab dan alasan kenapa Indonesia tidak akan ganyang Malaysia walaupun ada rakyat mereka cakap besar nak berbuat sedemikian dengan buluh runcing. Kita kat Malaysia jangan risaulah dengan negara jiran yang satu ini. Apa yang kita perlu risaukan ialah pemimpin yang begitu kepingin sangat nak jadi PM sehingga sanggup ganyang bangsa sendiri, parti yang kepingin sangat nak laksanakan hukum hudud sehinggakan sanggup ganyang agama Islam sendiri dan kaum yang kepingin sangat nak memerintah Malaysia sehingga sanggup ganyang apa sahaja yang dikaitkan dengan Melayu...!! #jALIL _
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 17:54:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015