70 saman dalam Ops Lejang Oleh: Wartawan Sinar HarianTarikh: - TopicsExpress



          

70 saman dalam Ops Lejang Oleh: Wartawan Sinar HarianTarikh: August 24, 2013 PASIR PUTEH - Sebahagian besar daripada 70 saman yang dikeluarkan menerusi Ops Lejang di bandar ini kelmarin merupakan kesalahan tidak mempunyai lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh.Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, operasi tertumpu kepada pemeriksaan semua jenis kenderaan itu mengesan kecuaian pengguna jalan raya yang jelas.“Lesen memandu sewajarnya diberi keutamaan pengguna tapi malangnya masih ramai yang memandang remeh perkara tersebut, demikian juga dengan tempoh sah lesen.“Orang ramai mesti peka dengan perkara itu dan kita berharap saman yang diterima menjadi pengajaran kepada mereka mengabaikan peraturan jalan raya,” katanya.Beliau berkata, dalam masa sama, pegawai dan anggota polis wanita daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh turut menjayakan program Komuniti Policing dengan bertumpu di Pasar Minggu berhampiran Masjid Ibrahimi.Katanya, polis mendekati golongan peniaga yang kebanyakannya wanita dan terdedah kepada risiko menjadi mangsa jenayah.“Kita memberi panduan bagi mengelak menjadi mangsa jenayah terutamanya ragut, mereka mesti menutup peluang penjenayah bertindak, " katanya.
Posted on: Sat, 24 Aug 2013 03:45:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015