ADAB MENUNTUT ILMU Ilmu Menurut Perspektif Islam Ilmu merupakan - TopicsExpress



          

ADAB MENUNTUT ILMU Ilmu Menurut Perspektif Islam Ilmu merupakan alat dan penggerak utama Islam. Ia ditempatkan di tempat yang tertinggi dalam semua urusan manusia. Firman Allah: "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat." [Surah al-Mujadalah : 11] Pelajar Menurut Perspektif Islam Menuntut ilmu ialah kewajiban setiap individu Muslim. Orang yang menuntut Ilmu akan mendapat ganjaran pahala dan balasan syurga. Sabda Rasullulah: "Sesiapa yang berusaha menjalani suatu jalan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, Allah menyediakan untuknya satu jalan daripadanya jalan-jalan ke syurga." [Riwayat Abu Daud] Adab-Adab Menuntut Ilmu: Menuntut ilmu dengan rajin dan bersungguh-sungguh. Semak pelajaran sebelum masuk ke kelas. Duduk di tempat yang dekat dengan guru. Tumpukan perhatian kepada guru. Hormat kepada guru. Tidak menimbulkan kekacauan dan kemarahan orang lain semasa menuntut ilmu. Mendoakan guru. Menuntut ilmu ikhlas kerana Allah. RAKAN MASJID-
Posted on: Sat, 10 Aug 2013 21:24:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015