ADAB MINUM RASULULLAH Dibalik minum air mengikut sunnah Rasulullah - TopicsExpress



          

ADAB MINUM RASULULLAH Dibalik minum air mengikut sunnah Rasulullah SAW..Antara adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya ketika minum adalah seperti berikut: a. Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (HR Tirmidzi) b. Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (HR Tirmidzi) c. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (HR Tirmidzi) Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika minum, apa yang ingin di jelaskan di sini adalah saranan supaya tidak bernafas ketika sedang kita minum. Daripada hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman sebabnya adalah sama. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah ikutan yang terbaik. Janganlah kita mempertikaikan sebarang sunnah anjuran nabi dengan apa cara sekalipun. Hidupkanlah sunnah nabi. Dan sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah meliputi segala makhluk-Nya. Wallahu’alam.
Posted on: Sat, 22 Jun 2013 16:22:25 +0000

Trending Topics



Detroit Band Uses 2014 Impala as Recording Studio - DETROIT –
A few days ago, we received some news from our keyboardist, Logan
-much-stupidity-between-black-and-whites-One-broads-twittering-topic-10204801525051632">So much stupidity between black and whites. One broads twittering
For my little brother...I know a lot of you from before Facebook
Cadastre-se para receber capitulos da biblia em seu facebook
Completing this case studies put me one step closer in my
PROPHET MUHAMMAD (pbuh) IN THE BIBLE by Dr. Zakir Naik Prophet
Please dont be offended my friends in Egypt I went to Egypt

Recently Viewed Topics




© 2015