AKU, SYRIA DAN GYM Dulu, waktu training Wataniah, stamina dan - TopicsExpress



          

AKU, SYRIA DAN GYM Dulu, waktu training Wataniah, stamina dan badan agak fit (kononnya..hahaha). Baru-baru ini bila dibriefing sebelum ke Syria misi Aidiladha diberitahu bahawa tidak boleh lagi membawa trolley travel bag dan travel bagpack yang dibenarkan. Kufikir, alamak, peralatan media sahaja menjangkau 40kg-50kg. Tapi kerana terlalu over-confident kononnya dulu sudah biasa jalan lasak berpuluh kilometer sambil memikul bebanan berpuluh kilogram ketika training, maka aku agak take for granted persediaan fizikal tersebut. Hinggalah tiba hari menyeludup masuk ke Syria dan hari menyeludup keluar dari Syria. Akibatnya, AKU PANCIT!! heh3.. Err...Mungkin kerana situasi sebenar tak sama ketika training (ALASAN!). Maka aku menginsafi diri yang sudah berlemak dan berat badan yang sudah tidak ideal apatah lagi dengan proses membina badan setelah berkahwin, maka pagi ini aku masuk GYM yang sememangnya ada di atas studio aku, walhal selama ini buat acuh tak acuh sahaja dengan kewujudannya,hahaha.. Moga aku istiqamah untuk jaga kesihatan demi perjuangan..hehehe Salam Jumaat!
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 03:04:58 +0000

Trending Topics



class="sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> In honor of my Bornday all you so called Bad B!tches who I have

Recently Viewed Topics




© 2015