ALHAMDULILLAH 4 hari 3 mlm ke Brunei...apa yg saya - TopicsExpress



          

ALHAMDULILLAH 4 hari 3 mlm ke Brunei...apa yg saya pelajari...??? SOLAT DAN ZIKIR...SIANG DAN MALAM 27 tahun dahulu saya sgt meminati lirik lagu ini...Malamnya bagai rahib merintih sayu Dihiris dosa airmata, Siangnya bagaikan sinar dirimba, Memerah keringat mencurah tenaga. Akhirnya saya temui juga antara mereka yg dimaksudkan di dlm lirik lagu yg ditulis oleh Ustaz Asaari itu. Lagu Sunnah org berjuang utk memberi kata2 semangat kpd mereka yg berkelana. Saya memilih utk berkelana bersama sahabat saya dari KL, Rizal Abdullah, Ustaz Ismail dan Dr Muammar. Perjalanan ini saya panggil berkelana kerana ia bukan bersandarkan kpd pilihan jamaah. Malah ada yg mengatakan gaya kami berkelana ini agak mewah berbanding tidur di masjid, rumah rakan2 atau di tangga masjid. Dari Ustaz Ismail byk ilmu yg kami pelajari secara spontan darinya malah sewaktu dia berbaring di atas katil pun dia tetap menyampaikan ilmunya.. Tapi kali ini saya ingin mengenali Dr Muammar yg sebelum ini dikenali ahli zikir di kalangan ahli jamaah. Dari mlm pertama, kedua dan ketiga saya mengintipnya secara senyap2, saya melihat tasbih sentiasa di jarinya. Bila ditanya, katanya dia terpaksa menghabiskan berpuluh ribu zikir yg diamalkan setiap hari. Zikirnya juga mampu menyucikan diri. Setiap malam pula saya perhatikan dia akan pastikan jam 3 pagi utk bangun solat. Tanya saya kpdnya, Sudah berapa lama anta lakukan amalan seperti ini. Jawabnya, Alhamdulillah sudah 7 tahun. Rugi sungguh kalau sehari tak bangun utk berjumpa dgn Allah, jawabnya yg seakan satu tamparan hebat utk diri saya utk lebih kuat beramal. Satu lagi yg saya tak akan lupakan ketika dlm perjalanan pulang. Saya mengajak sahabat2 di dlm kereta utk bersolat Jamak Takhir di Sarawak tetapi beliau menyuruh berhenti bersolat di Temburung, Brunei...Katanya, Bagus kita solat dulu, kalau lepas ini kita mati kita telah selesaikan urusan kita dgn Allah. Mendengar kata2nya tersentap di hati...Ya Allah jauh benar tahap keimananku dgn mereka org2 yg soleh ini...
Posted on: Thu, 06 Mar 2014 18:48:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015