ALHAMDULILLAH,, Sy dah makin pulih. Kene cepat pulih sbb sy ade - TopicsExpress



          

ALHAMDULILLAH,, Sy dah makin pulih. Kene cepat pulih sbb sy ade surgeri besar hari ini. Tetapi di sebalik masalah demam yg sy hadapi. Sy mahu berkongsi pengalaman yg menyedihkan semlm :-( Semalam sy bertugas di Klinik Haiwan i-city Shah Alam. Dek kerana suhu bdn semakin naik & sy dah semakin tak larat. Budak2 sy minta sy pg klinik utk ambil ubat. Selepas surgeri sy pun pg ke klinik An Nisa Sec 7. Masuk2 je klinik tu mmg xde org walaupun klinik tu luas tp kosong. Sy daftar dgn nurse yg peramah & baik. Selepas 15minit menunggu walaupun xde org di situ. Sy pun masuk ke bilik Doctor tu. Sy ckp salam tp die senyap mungkin sbb sy lelaki menyapa seorg Doktor perempuan kot. Sy duduk & Doktor terus tanya sakit ape. Sy jwb demam doc. Doc tu terus amek termomoter kertas & terus letak kat dahi sy. Pastu terus ckp normal je 37C. Sy ckp, bdn sy panas & bdn sy mula sakit. Tp suhu normal jwb doktor tu dengan muka masam, sy bg ubat & jika tak ok dtg utk cek denggi. Doc tu ckp pun keras langsung xsenyum. Die langsung cek dada sy & amek denyutan jantung sy. Tak de contact pun. Hanya amek suhu & ckp bende yg basic. Pemeriksaan xsampai 2minit. Sy pun kluar & tunggu utk dptkan ubat. Nurse pun panggil & nak bg ubat. Tp sebelum die nak bg ubat sy tanye. Ubat ape yg sy dpt ye. Doc kasi PARACETAMOL SHJ. Sy pun ckp, paracetamol shj????? Klu setakat panadol, sy xpayah nak jumpe doktor & tgg selama 30minit kat sini. Sy terus ckp, xpe le dik. Sy xamek ubat ni. Sy nak beli kat 7eleven je. Sy SGT2 GERAMMMMMM. Dengan bdn yg sgt lemah & sy rase makin panas, sy gigihkan utk memandu sejauh 30km dari Sec 7 Shah Alam ke Taman Equine sbb ada 1 klinik yg sy satu keluarga selalu pergi. Selepas 40minit sy memandu sy sampai di KLINIK & SURGERI TAMAN EQUINE. Nama klinik dah nak sama dgn klinik Veterinar sy :-). Sampai2 je sgt ramai org sedang menunggu. Xpe, sy tgg jugak. Hampir 1 jam sy tgg & sy pun di panggil msk bilik doktor. Masuk2 doktor tanya sbb ape. Sy ckp sy demam & sakit bdn. Doktor terus amek suhu & terperanjat sbb suhu sy 38.8C. Tu dah demam panas ni. Ini kene masuk air ni. Sy cakap xpe doc, sbb sy masih minum & ada selera lg. Bg ubat je nanti sy minum air byk2. Jika masuk air susah nanti sbb sy ade kes lg nak kene settlekan mlm ni. Pastu doktor tu terus amek stethoscope & cek dade sy. Tekan leher & badan sy utk cek bahagian mane yg sakit. Semua tu mengambil masa yg panjang serta penuh penjelasan. Sy sgt gembira dgn cara kerje doktor tu. Alhamdulillah, selepas mkn ubat dari doktor tu & minum air dgn banyak. Sy makin pulih & leh cerita kat FB pagi ni :-). Tp sy amat2 terkilan dengan doktor perempuan yg di sec 7 tu. Kite boleh gune thermometer utk cek suhu. Tp die kan doktor, die boleh tgk muke sy yg dah lesu & leh rase dgn tangan bahawa suhu sy dah naik. Doktor india yg taman equine tu gune termometer & rase lg guna tangan die. Siap die ckp guna tangan pun dah leh rase panas. Sbb ni demam panas. Mereke senang sgt2, pesakit leh ckp. Dpt doktor Vet, kene buat pemeriksaan rapi utk tau die sakit ape. Keje dah senang lg nak senang. Nauzubillah..... kisah benar dari Dr Zul
Posted on: Sat, 09 Nov 2013 01:13:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015