ANDA JENIS SEMBELIT YG MANA ??? Berikut adalah beberapa jenis - TopicsExpress



          

ANDA JENIS SEMBELIT YG MANA ??? Berikut adalah beberapa jenis sembelit: 1. Sembelit sekali-sekala – adalah jenis sembelit yang paling lazim dialami termasuk warga tua, wanita hamil, pengembara, pesakit yang mengambil ubatan tertentu atau yang pernah menjalani pembedahan. Ia lebih mudah dirawat dengan mengubah gaya hidup dan pengambilan julap. 2. Sembelit Akut – sembelit bersifat sementara, berlaku secara tiba-tiba akibat kesan daripada sebab tertentu. Keadaan ini boleh berulang. 3. Sembelit Hypotonic atau sembelit atonic – berlaku apabila otot abdomen jadi lemah tidak mampu menolak pergerakan usus seperti sepatutnya. Masalah ini disebabkan gaya hidup tidak sihat, kurang pengambilan serat dan kurang cairan dalam tubuh. Sembelit ‘Fungsian tiada kaitan dengan fizikal, hormon atau kimia dalam tubuh tetapi ia sebaliknya berkemungkinan disebabkan faktor psikologi akibat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat. 4. Sembelit Rektum – Apabila individu terlalu sibuk atau leka dengan gesaan mengosongkan usus, dia sebenarnya melatih rektum untuk menjadi tidak sensitif. Akibatnya rektum tidak menghantar isyarat pada otak walaupun ia penuh. Bahan fekal yang kering dan kesat menjadikan lebih sukar untuk digerakkan. " Sembelit tidak harus diambil ringan dan harus dirawat pada peringkat awal sebaik punca masalahnya diketahui selepas berbincang dengan doktor anda." via : Persatuan Ibu-Ibu Hamil Comel
Posted on: Sun, 08 Sep 2013 07:48:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015