ANDA SOKONG SIAPA ? TEPUK DADA TANYA IMAN.. Ketika Fathul Bari - TopicsExpress



          

ANDA SOKONG SIAPA ? TEPUK DADA TANYA IMAN.. Ketika Fathul Bari menyeru penyokong Dr Mursi yang terus berdemo balik ke rumah kerana menganggap demontrasi adalah perbuatan golongan khawarij, kenyataan Presiden Persatuan Ulama Sedunia adalah sebaliknya.. “Penentang Mursi itulah golongan Khawarij” - Syeikh Yusuf Qaradhawi Presiden Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia, Syeikh Yusuf Qaradhawi berkata; “Presiden Mesir yang sah ialah Dr Muhammad Mursi kerana dipilih berdasarkan suara majoriti rakyat dan golongan Khawarij ialah mereka yang keluar menentang Mursi”. Dalam program “Syariat dan Kehidupan” melalui TV Al-Jazeera kelmarin, beliau turut mengkritik pandangan bekas Mufti Mesir Dr. Ali Juma’ah yang sebelum ini mendakwa Ikhwan Muslimin sebagai Khawarij sedangkan menurut Syeikh Qaradhawi sesiapa yang keluar menentang pemimpin yang dipilih oleh rakyat maka dia dikira sebagai Khawarij. Beliau juga menasihati bekas Mufti Mesir itu yang disifatkan oleh Syeikh Qaradhawi sebagai “bukan Mufti tetapi hamba pemerintah dan polis” agar dituju fatwanya itu kepada Menteri Pertahanan Abdul Fattah As-Sisi kerana Sisi telah bersumpah dengan nama Allah akan mentaati Presiden pilihan rakyat namun malangnya dia melanggar sumpah itu. Sementara itu, seorang Anggota Haiah Kibar Ulama’ Al-Azhar, Dr. Mohammed ‘Imarah dalam panggilan telefon dalam rancangan yang sama turut mengkritik fatwa yang membenarkan tentera membunuh mereka yang menentangnya. Dr.’Imarah yang juga seorang tokoh pemikir Islam berkata, fatwa sebegini diragui niat pemberi fatwa yang sebenar dan pandangan mereka amat bahaya.
Posted on: Tue, 27 Aug 2013 15:01:35 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015