ANEHNYA PERBICARAAN MURSI Awal November ini tentunya - TopicsExpress



          

ANEHNYA PERBICARAAN MURSI Awal November ini tentunya menggembirakan penjawat-penjawat awam kerana banyak cuti umum antaranya Hari Deepavali, Awal Muharram dan Kelantan/ Pahang cuti peristiwa selain cuti Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kelantan. Tetapi hari ini 4 November juga mencatatkan sejarah di Mesir apabila seorang Presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat, Dr.Muhammad Mursi akan dihadapkan ke mahkamah sekira-kira 4 jam dari sekarang. Lokasi awal yang dijangka dibicarakan iaitu di Kolej Pegawai di Penjara Turrah, utara Kaherah tetapi ditukarkan ke Akademi Polis, Tajammuk Khomis, lokasi yang menjadi saksi mahkamah rejim Mubarak sebelum ini. Lokasi perbicaraan diketatkan kawalan keselamatan yang dianggarkan dikawal oleh lebih 20,000 anggota polis dan tentera dari pelbagai unit. Namun, tiada sebarang siaran langsung live akan dibuat oleh televisyen negara seperti Mubarak sebelum ini. Ini kerana kudeta amat maklum bahawa perbicaraan Mursi hanya bermotifkan politik dan dendam. Tambahan Mursi mempunyai penyokong yang ramai berbanding Mubarak. Sebarang siaran langsung di kaca-kaca TV akan mampu untuk menarik puluhan ribu penyokong Mursi untuk mengepung bangunan mahkamah tersebut dan ia sudah pasti akan melebihi angka pasukan keselamatan yang bertugas. Begitulah dunia ini. Di tangan Allah segala kekuasaan. Dia mahukan siapa memimpin, Dia juga mahukan siapa yang jatuh. Dulu Dia mahukan Mursi, hari ini Dia hinakan Mursi menggantikan tempat Mubarak, ulas seorang penyokong tegar Abdul Fattah Sisi kepada saya melalui Facebook. Akhir-akhir ini, Facebook saya sering jadi sasaran penyokong-penyokong tegar As-Sisi. Terdapat dikalangan mereka ahli tariqat sufi di Mesir tetapi oleh kerana masyayeikh mereka menyokong Sisi bahkan melabelkan Ikhwan sebagai Khawarij dan menghalalkan darah penyokong Ikhwan, maka mereka juga menyokong masyayeikh mereka membuta tuli. Bila saya tanya kenapa benci Ikhwan, jawab mereka kerana Ikhwan menjual agama untuk politik sempit mereka. Jawapan sama yang diberikan oleh JKKK kampung di Malaysia. Nanti saya akan ulas golongan pentaksub ini, terdapat segelintir mereka ini yang bersama-sama saya ke Aswan bagi menghadiri Maulid Syeikh Soleh Jaafari dan merupakan Abna Jaafariyah. Orang bertanya, apa kes yang Mursi dibicarakan? Berapa billion harta negara dilesapkan? Berapa juta nilai cincin atau rantai yang dimiliki oleh isteri Mursi, Puan Najla Mahmud yang dirompak dari duit rakyat? Berapa banyak kes rasuah dan penyelewengan yang akan dihadapkan kepada Mursi hari ini? Menurut sumber berita, hanya satu tuduhan iaitu pembunuhan penunjuk perasaan di hadapan Istana Ittihadiyah, istana yang dijadikan pejabat rasmi oleh Mursi. Mursi dituduh terlibat merancang dan membunuh rakyat dalam himpunan yang diadakan di hadapan istana ini. Turut disenaraikan sebagai tertuduh ialah 14 orang yang lain iaitu Naib Presiden FJP, Dr. Esom Eryan, Asad Syaikhah (Timbalan Ketua Turus Jabatan Presiden), Ahmed Abdul Athi (Ketua Kakitangan Pejabat Presiden), Aiman Abdur Raouf (Penasihat Presiden), Dr.Mohammed Beltaji (Bekas MP Ikhwan) dan beberapa aktivis pemuda yang lain. Peristiwa berdarah Ittihadiyah berlaku selepas himpunan ganas yang dicetuskan oleh pemuda-pemuda sekular anti-Mursi tahun lalu. Antara yang terlibat ialah pemuda Gerakan Kebangsaan yang diketuai oleh Hamdeen Sobahi yang kemudian bergabung dalam Barisan Penyelamat Mesir dengan Amru Musa dan Dr.Mohammed El-Baradei (yang telah cabut lari ke luar negara sekarang). Mereka berkumpul di hadapan pejabat Mursi ini tetapi Mursi tidak pernah mengarahkan himpunan ini dileraikan dengan kejam seperti yang dilakukan kepada penyokong beliau 14 Ogos tahun ini di Rabaah. Bahkan mereka dibiarkan untuk berdemonstrasi dan berkampung di hadapan istana tersebut semahu mereka tetapi dengan syarat dilakukan secara aman tanpa sebarang provokasi. Tetapi, malangnya sikap toleransi Mursi itu telah menjadikan mereka besar kepala. Mereka meminta bantuan kumpulan militia samseng upahan untuk memanjat tembok istana, membakar halaman Masjid Umar bin Abdul Aziz, masjid yang terdapat dalam kawasan istana, membakar pintu istana dan cuba menyerang konvoi kenderaan rasmi Mursi. Lalu kita saksikan bagaimana para pemuda Ikhwan terpaksa dikerahkan untuk mengawal istana tersebut sebagai Unit Amal selepas pasukan polis teramat lemah dan pengecut untuk mempertahankannya. Ia semuanya atas arahan Menteri Dalam negeri ketika itu, Ahmed Gamaluddin yang dikenali pro-Mubarak. Akhirnya, unit-unit Amal ini diserang dan 11 orang pemuda Ikhwan syahid dibunuh oleh militia samseng. Peguam Negara yang dilantik oleh Mursi, Talaat Abdullah sebelum ini telah membuka fail siasatan bagi mengheret dalang-dalang yang terlibat termasuk antara yang disenaraikan untuk disiasat Hamdeen Sobahi serta pengacara-pengacara TV swasta yang mengeluarkan kenyataan berbau hasutan. Namun, kesemuanya tiada penghujung apabila Talaat sendiri disingkirkan. Tiba-tiba hari ini, yang dituduh ialah Mursi dan pimpinan Ikhwan. Yang kena serang pejabat beliau, yang diceroboh ialah bangunan beliau tetapi apabila mereka pertahankan, mereka yang dituduh bersalah. Undang-undang apakah ini kalau bukan dendam kesumat yang ada dalam hati pejabat pendakwaraya serta hakim-hakim lantikan Mubarak? Seperti juga dakwaan yang sedang dihadapkan kepada Mursyidul Am Ikhwan, Dr.Mohammed Badie, dua orang Naib beliau serta beberapa anggota Maktab Irsyad. Dakwaan kononnya mencetuskan huru-hara di hadapan Pejabat Ikhwan di Muqattam. Yang menyerang dan membuat huru-hara itu golongan pemuda 6 April serta puak anti- Mursi. Pejabat Ikhwan dirosakkan, dicuri kelengkapan pejabat sebelum dibakar. Tiba-tiba yang dihadapkan ke mahkamah ialah Mursyidul Am, sepatutnya yang membakar, merosak dan mencuri itu yang sepatutnya dibicarakan. Tapi, lihatlah hari ini, rakyat sama sekali tidak akan membiarkan Mursi keseorangan. Jutaan lagi mereka akan keluar secara aman di seluruh negara. Semoga Allah kuatkan hati Mursi.
Posted on: Mon, 04 Nov 2013 03:14:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015