ANGIN AHMAR / STROK Siapakah Yang Berisiko terkena strok ? - TopicsExpress



          

ANGIN AHMAR / STROK Siapakah Yang Berisiko terkena strok ? 1.Beberapa faktor berlainan meningkatkan risiko strok, termasuk: Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat. Ini merosakkan dinding-dinding arteri. 2.Diet. Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri. 3.Penyakit kencing manis (Diabetes). Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok. 4.Pernah mengalami TIA. Dianggarkan seorang dari lima yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih TIA sebelumnya. 5.Fibrilasi atrium. Jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak. 6.Merokok. Ini mempunyai berbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi. 7.Tabiat minum (alkohol) yang kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara kesukuan minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yang berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah. 8.Sesetengah jenis pil perancang keluarga. Ini boleh menjadikan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Mereka juga boleh menaikkan tekanan darah. Bagaimana Strok Di Diagnos? Beberapa penelitian boleh membantu mengenalpasti jenis strok yang telah berlaku dan pilihan rawatan yang terbaik. Ujian yang tepat akan berbeza di antara seorang dengan yang lain, tetapi yang biasa termasuk: 1.Pengukuran tekanan darah. 2.Ujian darah untuk memeriksa kandungan gula dalam darah, gumpalan dan tahap kolesterol. 3.X-ray dada untuk memeriksa masalah jantung atau dada. 4.Elektrokardiogram (ECG) untuk mengukur rima dan aktiviti jantung. 5.Ekokargiogram, sejenis imbasan jantung, untuk memeriksa kemungkinan masalah jantung. 6.Imbasan otak untuk mengenalpasti jenis strok dan mencari kesan-kesan kerosakan. 7.Imbasan Ultra-bunyi arteri-arteri karotid untuk memeriksa aliran darah ke otak.
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 09:47:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015