ANTARA FANTASI & REALITI...[“Kamu tidak boleh menyalahkan - TopicsExpress



          

ANTARA FANTASI & REALITI...[“Kamu tidak boleh menyalahkan graviti kerana jatuh cinta” (You can’t blame gravity for falling in love)-Albert Einstein...Najib berfantasi, rakyat tanggung perit realiti...Pertembungan majoriti masyarakat bandar dan luar bandar yang memilih BN atau PR seperti kajian beberapa ahli akademik adalah benar. Masyarakat di bandar lebih terkesan dengan pelbagai krisis akibat tekanan hidup. Kadar bayaran tol, kenaikan harga petrol dan diesel, nisbah gaji dan perbelanjaan harian yang tidak seimbang, kenaikan harga barang keperluan, tekanan mental kerana terpaksa bersesak-sesak di lebuhraya, semua ini adalah realiti yang tidak dirasai seorang Perdana Menteri yang tidak pernah hidup susah seperti Najib, jauh sekali untuk merasa betapa pedihnya terkena bedilan kanister atau semburan air FRU. Rentetan itu, rakyat disekolahkan realiti yang berlaku di sekitar mereka. Rakyat sudah faham mengapa rumah mereka dimasuki pencuri, diragut, disamun, mengalami tekanan perasaan, mengidap pelbagai penyakit urban dan sebagainya. Inilah realiti kota besar di Malaysia, jauh bezanya dengan persepsi, apa lagi fantasi palsu Najib terhadap ‘persepsi’ yang diperkatakannya.] ~ ayat-ayat dipetik daripada artikel di bawah. roketkini/2013/06/06/najib-keliru-antara-fantasi-bulan-madu-dan-realiti-malaysia-oleh-hafiz-zainuddin/
Posted on: Thu, 06 Jun 2013 06:53:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015