ANTARA SYRIA DAN PALESTIN - SILAP MATA APAKAH INI? Kadang2 saya - TopicsExpress



          

ANTARA SYRIA DAN PALESTIN - SILAP MATA APAKAH INI? Kadang2 saya pelik membaca tentang isu semasa kini. Memang betul le Syria sedang hura-hara. Tapi saya jadi keliru siapakah yang betul, siapakah yang salah, siapakah menangguk di air keruh, siapa pula dikambing-hitamkan? Apakah ada berita yang dicipta untuk menyalahkan 100 % satu golongan demi membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam? Apakah ada puak lain bertindak atas nama puak yang dipersalahkan lalu berita diperbesarkan sebagai kekejaman satu puak demi menerbitkan kebencian melampau sambil sengketa berterusan? Keadaan begitu menagih perhatian sehinggakan ulamak2 Indonesia dikatakan mahu menghantar 1 juta askar jihad ke sana. Apa cerita umat Islam yang tertindas di Myanmar? Patani bagaimana? Sudah betul2 terbelakah umat Islam? Dan yang lebih penting lagi Palestin dan Baitul Muqaddis yang dibelenggu Israel, negara haram yang diteraju musuh Islam paling nyata, puak Yahudi Zionis dan Illuminati. Dalam kita sibuk dengan isu Syria (dan sedikit hal Mesir yang turut dilanda masalah tetapi tidaklah begitu parah), kita seolah2 terlupa hal Palestin yang terus dijajah. Silap mata apakah ini sehingga 1 juta askar jihad mahu dihantar ke Syria tapi Palestin terus tidak dibela?
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 01:44:58 +0000

Trending Topics



text" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> Bonjour, tout le monde !!!! Quelques jours avant notre
Non abbiamo ancora a disposizione il nuovo testo sulla manovra
Its been a busy week here at DIBV with loads of repairs being done

Recently Viewed Topics




© 2015