ANTI ISLAM-POLITIK Pertama kali saya mendengar seorang pengulas - TopicsExpress



          

ANTI ISLAM-POLITIK Pertama kali saya mendengar seorang pengulas dari American University, Kaherah menyatakan dengan terus-terang bahawa kebangkitan rakyat kali kedua menjatuhkan Morsi adalah kerana menentang Islam-Politik atau Political-Islam. Saed Sadiq dalam wawancara dengan Al-Jazera menyatakan demikian malah menjelaskan maksud ‘Political Islam’ dengan mengaitkan kemenangan Morsi dari Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) sebagai Presiden akan membawa Mesir kepada ‘negara agama’ yang menurut beliau membawa masa depan yang gelap untuk Mesir. mesirPengulas tersebut menyamakan kemenangan Morsi sebagai apa yang berlaku di Iran, Sudan dan Afghanistan di mana ‘negara agama’ tersebut telah membawa kesengsaraan kepada rakyat. Apabila ditanya oleh pengacara Al-Jazeera bukankah kemenangan Morsi melalui proses demokrasi yang telus dan dipilih oleh rakyat? Pensyarah tersebut menjawab, adalah lebih baik Morsi dijatuhkan sekarang oleh rakyat sebelum menunggu 4 tahun kerana ketika itu negara Mesir sudahpun berada dalam kehancuran! ALASAN RAMPASAN Sebelum Morsi digulingkan, Mubarak dimaki-hamun sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada negara. Penguasaan Mubarak selama ini sebagai Presiden Mesir yang menafikan hak rakyat secara demokratik untuk menentukan masa depan negara telah ditamatkan dalam Revolusi 2011. Alasan kebangkitan rakyat adalah kerana mereka mahukan demokrasi dan kebebasan dari kediktatoran. Semenjak itu usaha pendemokrasian melalui pemilihan presiden baru telah dimulakan sehinggalah Dr Muhammad Morsi menang sebagai Presiden Mesir yang pertama kali dilantik melalui pilihanraya umum yang telus dan demokratik. Belum cukup setahun Morsi berkuasa, Morsi terpaksa terpaksa melalui berbagai ujian termasuk isu Dekri Presiden yang ditolak oleh semangat revolusi, isu pembentukan perlembagaan baru dan kewibawaan Parlimen yang tergantung. Siapa sahaja yang menjadi Presiden pasca revolusi pasti akan menerima ujian besar antara memenuhi kehendak semangat revolusi dan membentuk kembali struktur negara. Tugas Presiden untuk membentuk semula struktur negara yang baru memerlukan keputusan yang tegas dan segera supaya negara itu boleh berfungsi kembali. Itulah harga mahal yang dibayar oleh Morsi demi mahu melihat negaranya berfungi semula. Morsi juga terpaksa berhadapan dengan tentera yang masih menguasai keadaan. HAKIKATNYA mursiDalam kemelut ini Morsi digulingkan, alasannya ialah beliau gagal untuk menyelesaikan masalah keperluan asas rakyat. Namun bagi mereka yang meneliti kenyataan dari pengulas Said Sadeq di atas akan memahami bahawa isu sebenarnya di kalangan kelompok sekular-liberal adalah kerana Morsi mewakili kelompok parti Islam dan jika tidak digulingkan akan menampakkan kejayaan parti Islam memimpin Mesir dan ini amatlah tidak menyenangkan kelompok ini yang sekian lama didoktrinkan bahawa politik dan Islam tidak boleh disatukan. Mereka tidak ada kekuatan di Mesir kerana selama ini mereka adalah pendokong kuat regim Hosni Mubarak. Dalam menafikan kemenangan Morsi secara demokratik ini mereka terpaksa ‘menjemput’ tentera untuk melakukan rampasan yang kemudiannya merancangkan seolah-olah Morsi gagal menyediakan bekalan asasi yang hakikatnya masih dikuasai oleh elit tentera. PERTEMBUNGAN DOKTRIN Walaupun masalah ekonomi dan struktur sosial masyarakat Mesir sememangnya satu masalah besar namun isu doktrinal sebenarnya mendasari pertembungan yang ada. Mesir sebagai pusat intelektual dan segala aktivitinya membentuk sebuah doktrin politik yang tegar sikap liberal-sekularnya pada satu sudut dan tegar sikap Islam-Salafi pada satu sudut yang lain. Masalahnya ialah apabila regim diktator digulingkan dan demokrasi menemui jalannya dalam struktur politik Mesir, golongan Islami didapati paling pantas menguasai persada politik berbanding dengan golongan sekular-liberal. Jati diri dan pengaruh bawah arus yang selama ini ditekan oleh regim Mubarak muncul sebagai wira, sedangkan sekular-liberal yang elit sifatnya dan bergantung kepada regim sebelumnya menjadi kera sumbang di mata rakyat marhaein yang menguasai peti undi. Golongan sekular-liberal tiada pilihan melainkan bersikap pasrah kepada tentera dalam rampasan baru-baru ini kerana itulah sahaja harapannya dalam persaingan dengan kelompok Islam. ISLAM IKHWAN Kita harus berhati-berhati mengkategorikan golongan Islam dalam kebangkitan di Mesir kerana dua pengaruh berupaya menguasai sentimen Islam di kalangan rakyat ialah Ikhwan dan golongan Salafi. Ikhwanul Muslimun muncul sebagai yang paling tersusun struktur dan dokrtinnya. Walaupun melalui fasa getir dalam perjuangannya, Revolusi Rakyat 2011 telah membuka ruang kepada Ikhwan untuk muncul dalam aturcara demokrasi yang dijulang sebagai kempen utama rakyat. Sejarah panjangnya yang bermula pada tahun 1928 dan pembunuhan pendirinya iaitu Imam Hasan Al Banna telah menjadikan Ikhwan sebagai entiti anti-establishment oleh regim-regim yang memerintah Mesir dari Gamal Abdul Naser, Saddat sehinggalah Hosni Mubarak. Konsisten Ikhwan menyatakan pendiriannya terhadap Israel serta kezaliman pemerintah membawa pemimpin besar dan kecilnya tersumbat dalam penjara, malah undang-undang darurat yang dipakai oleh regim sebelum ini digunakan untuk menyumbat Ikhwan dalam penjara. Ikhwan tidak pernah diiktiraf sebagai entiti sah dari sudut undang-undang Mesir namun kehadirannya dalam berbagai bentuk aktiviti kebajikan dan infiltrasinya dalam pertubuhan-pertubuhan professional menjadikan Ikhwan sebagai organisasi yang paling efektif mempengaruhi arus utama Islam di Mesir. DOKUMENTASI FIKRAH IKHWAN mesir2Kelebihan Ikhwan ialah, ia memiliki keupayaan mendokumentasikan peristiwa sepanjang perjuangannya. Generasi pelapis dan awam mempunyai peluang untuk membaca pemikiran Ikhwan dan peranannya dalam sejarah politik Mesir. Pemikiran induk dari pendirinya dikumpulkan dalam Risalah Ta’alim di mana ia diulang baca dan dihadam oleh pelapisnya membuatkan doktrin Islam Ikhwan amat sukar untuk ditembusi apatah lagi dirobohkan. Islam dari fahaman Ikhwan adalah kontemporari karakternya dan keanjalan Islam dari sudut intipatinya lebih utama diperjuangkan dari bentuk formatnya. Tapi Ikhwan mempunyai pendirian yang tegas dalam membina keutuhan syaksiah ahlinya. Program penyediaan pelapisnya ketat sehingga seseorang yang menjadi anggotanya yang rasmi akan berpegang dengan perjuangannya walaupun dipenjara. Sikap keterbukaan Ikhwan dengan masyarakat dikenali umum apatah lagi pendekatan politiknya yang fleksibel menjadikan strategi Ikhwan berkesan. Kekuatan inilah yang sukar digugat oleh kelompok liberal-sekular.
Posted on: Sun, 25 Aug 2013 02:07:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015