APA ITU REZEKI? Mengikut pandangan Sheikh Mutawalli Syarawi, - TopicsExpress



          

APA ITU REZEKI? Mengikut pandangan Sheikh Mutawalli Syarawi, rezeki ialah: Apa-apa yang kita dapat rasakan Manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk. Ini bermakna, rezeki ialah segala apa yang bermanfaat baik dalam bentuk material seperti wang, rumah, kereta dan seumpamanya. Ataupun bukan material seperti kesihatan, kecerdikan, ketenangan dan seumpama dengannya. Begitu luas maksud rezeki. Tetapi ada rezeki yang tidak baik ataupun haram, walaupun ianya memberi manfaat kepada kita tetapi ianya membuahkan dosa. Sebagai contoh, beli kereta dengan hasil duit curi, memang kereta itu sangat bermanfaat tetapi ianya adalah suatu dosa yang besar. Sebab itu Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 57: Makanlah daripada makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu... Allah menyuruh kita menari rezeki yang halal lagi baik kerana ia menghasilkan pahala. Manakala, tugas Syaitan ialah menghasut kita supaya mencari rezeki yang tidak baik ataupun haram. Sheikh Mutawalli Syarawi menambah lagi, apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun ianya milik kita), itu bermakna ianya bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain Memang benar, sebagai contoh, duit kita RM100, bukan semuanya rezeki kita, memang asalnya ia milik kita. Kerana dengan RM100 itulah kita beli makanan, maka sebahagian daripada milik kita sudah menjadi rezeki mak cik yang menjual makanan. Begitulah seterusnya. Maka kita kena ingat, duit dalam wallet kita tu memang milik kita, tapi belum tentu rezeki kita. Oleh yang demikan, janganlah kita sombong dengan apa yang kita miliki, kerana belum tentu ianya rezeki kita. Wallahu alam :)
Posted on: Wed, 22 Jan 2014 16:37:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015