ASSALAMUALAIKUM... Bagi anak-anak yang sedang membuat persiapan - TopicsExpress



          

ASSALAMUALAIKUM... Bagi anak-anak yang sedang membuat persiapan peperiksaan SPM dan pemeriksaan yang penting lainnya...jagalah tidur dan amalkanlah berwuduk setiap kali sebelum ( jangan di lap) terus tidur serta tidurlah dalam kegelapan.....kerna dalam kegelapan kesemua sistem neuron berinteraksi dengan sempurnanya diantara satu dengan yang lain terutamanya kelenjar pineal yang memegang kunci utama bagi semua sistem kelenjar otak. Ketika inilah daya tumpu di bahagian hipotalamus akan mengimbangi segala isyarat impuls otak sebagai perantaraan pusat geganti yang mengawal bukan sahaja imbangan cecair tubuh malah mengimbangi pusat kawalan gementar ( nervous system) dan juga pusat kawalan perasaan atau emosi. Perkara yang amat penting sekali ialah, jangan sekali-kali makan bersulang dengan minum air....kerana dengan cara begini akan membantutkan pemikiran yang tajam, mudah gugup, mudah lupa serta lembab dalam berfikir....sebab itulah sunnah Nabi saw mengajar kita 1/3 ruang makanan, 1/3 lagi ruang air dan 1/3 adalah ruang udara....setiap apa yang Nabi saw lakukan setiap inci itulah ada kebaikan dan manafaat.... Yang terakhir jagalah hubungan dengan Allah SWT (jaga solat/baca Quran dan bykkan doa) dan jaga hubungan dengan manusia....serta perbanyakkanlah solat taubat agar Allah mengampuni segala kejahilan dan dosa-dosa yang mungkin kita terlepas pandang, mentaati perintah ayah dan ibu dan memohon maaf serta memaafkan kesilapan manusia. InsyaAllah yang paling terutama dan penting, anda akan mendapat sakinah dari Allah.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 16:23:05 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015