ASSALAMUALAIKUM kawan-kawan dan saudara mara semua. Semoga - TopicsExpress



          

ASSALAMUALAIKUM kawan-kawan dan saudara mara semua. Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera selalu hendaknya. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Demi Allah dan dengan Nama ALLAH, Pada malam yang berbahagia ini, bonda ingin memohon Ampun dan maaf kepada semua, terutama sekali keluarga sebelah suami bonda. kepada semua rakan-rakan bonda termasuk semua rakan-rakan penulis. Bonda minta maaf banyak- banyak. Bonda mengaku, bonda bersalah. Tentang status-status bonda terutama sekali status tentang IBU MERTUA. Di sini, bonda juga ingin menjelaskan bahawa, apapun alasan bonda tentang status tersebut, bonda tetap bersalah. Walaupun pada awalnya bonda suka menulis apa yang terjadi di hadapan mata. Di sekeliling bonda. Tanpa rahsia. Bonda tidak mendengar nasihat sesetengah kawan-kawan baik bonda supaya berhenti menulis seperti mengumpat. Sebab apa yang bonda tulis itu benar-benar berlaku di hadapan mata mereka juga. Bonda benar-benar bersumpah bonda tidak akan menulis lagi perkara-perkara seperti itu. Menjatuhkan air muka suami dan kaum famili sendiri adalah berdosa besar. Bonda sangat-sangat berterima kasih kepada keluarga bonda terutama ibu mertua, suami dan ipar duai kerena sudi memaafkan bonda. Dan malam ini, bonda sungguh terharu kerana mendapat harta yang begitu tinggi nilainya. Sesungguhnya ipar duai bonda begitu perihatin kepada bonda dan sangat tinggi DARJAT dan KASIH sayangnya. Bonda sungguh-sungguh terhutang budi kepada semua adik-adik ipar kerana telah MEMBERI MAAF kepada bonda. Bonda silap kerana selama ini bonda ingin mencari kebahagiaan dan ketenangan sehingga ke hujung dunia, tetapi sebenarnya hanya dengan sebuah KEREDAAN DAN KEMAAFAN. Selama ini, bonda silap kerana suka mencari plot cerita dan penulisan dengan menokok tambah sesuatu yang tidak sepatutnya bonda tulis. Sehingga berlaku salah faham. Memang benar, sekiranya kita melakukan kesilapan di dalam FB, tidak akan terpadam sampai bila-bila sehingga kita sendiri yang akan memadamkannya. Benar apa yang diperkatakan orang bijak pandai, TULISAN itu lebih tajam daripada mata pedang. Bonda benar-benar berasa bangga dan berhutang kasih dengan adik-adik ipar kerana sudi untuk berbincang dan bersemuka dengan bonda dalam hal ini. Semoga dengan pendedahan ini; kami adik beradik lebih akrab dan bersepakat di dalam segala hal. Bonda tidak sunyi lagi sekarang. Bonda ada adik beradik, ipar duai, saudara mara, sepupu-sepupu yang rapat, suami dan seorang mertua yang sangat baik. BONDA SAYANG SEMUA!! BONDA TIDAK SENDIRIAN LAGI. Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau berkatilah usia ibu mertuaku, Engkau berilah kesihatan yang baik kepadanya, Engkau lapangkanlah rezeki kepada ipar duaiku. Sesungguhnya aku terlalu sayangkan mereka. Aamin. Bonda bersyukur dan amat-amat bertuah kerana bonda dianugerahkan dengan seorang suami yang sangat baik, memahami bonda. Pakej yang bonda dapat tidak semua orang lain dapat. Bonda bersyukur kehadrat Ilahi. Bonda juga ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada seorang saudara bonda yang telah membaca status bonda setiap hari dan melapurkan kepada family bonda. Dan hari ini; bonda telah pun bersemuka dengan family bonda. Alhamdulillah, family semua sedia memaafkan bonda. Dengan satu syarat, bonda tidak perlu lagi meluahkan perasaan bonda di dalam FB ini. Insya-Allah, bonda akan mematuhi syarat-syarat tersebut. Alhamdulillah. Kerana semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Bonda tidak tahu sebenarnya bonda sangat beruntung, tetapi bonda tidak nampak. Sehingga hari ini bonda benar-benar sedar. Apa yang bonda tulis ini adalah realiti bukannya novel. Sungguh-sungguh. Sekali lagi bonda ingin memohon ampun dan maaf kepada semua. Dan semoga dengan bermohon maaf dan memberi maaf, bonda lebih tenteram untuk menulis. Dan bonda sangat-sangat berharap agar seluruh family bonda mendoakan kejayaan bonda. Kerana keberkatan pada apa yang kita tulis adalah dengan restu semua. DEMI ALLAH, BONDA MENGAKU BAHAWA BONDA TELAH MENULIS SESUATU YANG SALAH. MAAFKAN BONDA. MAAFKAN MAK CAK, MAAFKAN KAK CAK. MAAFKAN MAS, MAK! MAS BERSYUKUR KERANA SEMUANYA INI BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA BINA KEHIDUPAN YANG LEBIH HARMONI TANPA RASA SYAK WASANGKA. Sekian. yang bersalah Wan Mazlah Wan Hasan.
Posted on: Wed, 18 Sep 2013 17:09:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015