ASSALAMUALAIKUM.... sekilas info SISTEM KEDERIAAN.... Tanpa kita - TopicsExpress



          

ASSALAMUALAIKUM.... sekilas info SISTEM KEDERIAAN.... Tanpa kita sedari bahawa penyakit juga berpunca daripada apa yang kita lihat, sentuh, bau, rasa dan dengar. Sesungguhnya alam kederiaan adalah amat peka dengan segala maklumat sekeliling dengan secara lansungnya memberi input serta maklumat terpeinci bagi setiap kehidupan atau segala makhluk Maha Penciptaan-Nya. Sistem kederiaan ini amat rapat dan amat mempengaruhi segala tindak-tanduk atau amalan fizikal seseorang. Deria atau pancaindera yang disebut-sebutkan adalah sistem kederiaan(bulu roma) yang amat peka bagi menerima sebarang maklumat serta isyarat-isyarat gelombang elektromagnetik luaran maupun dalaman. Inilah isyarat maklumat yg dipanggil deria mata ketiga atau disebutkan sebagai antena tubuh. Gelombang elektromagnetik luaran mempengaruhi ion-ion ( -) manakala gelombang elektromagnetik dalaman mempengaruhi ion-ion (+) yang banyak memprngaruhi entiti kejiwaan. DERIA MATA- (lihat / logik dan isyarat otak)...meransang / mengawal perasaan malu dan persepsi atau prasangka dan juga pendapat. Bagi sesiapa yang terganggu penglihatannya atau rosak maupun buta maka hilanglah perasaan malu atau tiada persepsi langsung. Ini adalah kerana tidak dapat melihat. DERIA SENTUHAN-(jari jemari / lidah) mengawal atau merangsang kepekaan otak. Menjaga kesucian jari tangan dengan mengikut tertib sunnah Nabi SAW...maka harmonilah alam pemikiran. DERIA BAU-(hidung) mengawal perasaan ceria, sukacita, keriangan, tenteram dan kedamaian. Ini adalah kerana terdapat bulu roma halus dan amat rapat. DERIA RASA-(naluri / perasaan) mengawal sistem paru-paru dan jantung supaya tidak mudah rasa marah, dendam, mudah meletakkan sesuatu yang negatif (fitnah) dulu, mudah percaya dan melulu atau terburu-buru serta mengawal perasaan gelisah. DERIA TELINGA-(pendengaran) juga mengawal perasaan mudah marah, merajuk dan mudah buruk sangka dengan kata-kata fitnah dan sebagainya. Sistem kepekaan kederiaan mata, telinga dan bau adalah kerana terdapat rangsangan bulu roma yang amat aktif kepada gejala gelombang elektromagnetik ion (-)....manakala sistem kederiaan rasa dan sentuh dipengaruhi oleh kepekaan elemen kejiwaan atau naluri dan peka kepada gelombang elektromagnetik ion (+). Akan tetapi untuk mendapat momentum keseimbangan bagi kedua-dua sistem kederiaan ini....,seharusnyalah kita cukup air dan dengan ertikata yang lain kerap berwuduk atau pun kerap mandi.
Posted on: Sun, 04 Aug 2013 18:28:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015