AYAT-AYAT REZEKI Insya Allah..malam ini selepas Maghrib saya - TopicsExpress



          

AYAT-AYAT REZEKI Insya Allah..malam ini selepas Maghrib saya akan berkuliah di Masjid Ibnu Sina Titiwangsa, Kuala Lumpur dalam kuliah bulanan (Khamis pertama setiap bulan) untuk slot TADABBUR AL-QURAN. Untuk kuliah kali ini, fokusnya adalah AYAT-AYAT AL-QURAN BERKAITAN REZEKI. Antara misteri rezeki yang bakal dirungkaikan adalah: 1) REZEKI BERKAIT DENGAN TAWHID..Allah paling Murka manusia yang mempertuhankan kerja sehingga mengabaikan solat. Firman Allah: وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ (56) مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (57) إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ (58) Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya (al-Dhariyat[51:56-58]). 2) REZEKI ADALAH SAINS YANG MAMPU DITEROKAI…Si rajin dan berilmu tentang rahsia alam akan kaya. Firman Allah: لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (AL-Syura[42:12]). 3) REZEKI BUKAN HANYA DUIT...SIHAT, AMAN, AHLI KELUARGA, SAHABAT HANDAI JUGA REZEKI. 4) KEFAHAMAN SEBENAR TENTANG AYAT SERIBU DINAR...Beza antara bertaqwa dan mengamalkan ayat seribu Dinar tanpa memahami intisari Taqwa. 5) PETUA MURAH REZEKI MENURUT AL-QURAN... 6) PANTANG LARANG DALAM MENCARI REZEKI... DAN BANYAK LAGI... Marilah sama2 menerokai RAHSIA REZEKI dalam al-Quran.
Posted on: Thu, 03 Apr 2014 08:33:21 +0000

Trending Topics



div class="sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> PLEASE SHARE: Certificate 3 retail baking cake and pastry located
From Dennis Borman Borman: How do you control a population? The
Hi there My lovely FatNation Brothers and Sisters. As we have been
An Egyptian court yesterday (June 21) confirmed death sentences
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a., dia berkata, "Aku pernah
∞ “Your religion or other structured belief system is not the

Recently Viewed Topics




© 2015