Ada beberapa soalan yang saya terima bertanyakan aktivti apakah - TopicsExpress



          

Ada beberapa soalan yang saya terima bertanyakan aktivti apakah yang sesuai untuk membakar lemak di bulan Ramadhan? Sebenarnya tiada masalah untuk anda membuat aktiviti kardio di waktu petang sebelum berbuka. Tapi dengan syarat anda tidak ada kencing manis dan anda ambil karbohidrat ketika bersahur. Apabila kita melakukan kardio ketika berpuasa, badan akan merembeskan hormon glukagon untuk mengeluarkan gula yang tersimpan. Gula yang tersimpan inilah menjadi sumber tenaga utama ketika aktiviti kardio dilakukan. Apa yang bagus disini adalah tapak simpanan gula anda makin kurang jadi peratusan gula yg tersimpan ditukar kepada lemak juga akan berkurang. Apabila gula pada tapak simpanan makin sedikit, badan akan mula guna lemak dan protein sebagai sumber tenaga. Cara ini adalah paling cepat untuk menurunkan berat badan anda. Namun nasihatkan jika anda tidak biasa melakukan kardio ketika berpuasa, latih diri anda dulu dengan berjalan kaki selama 30 minit setiap petang.
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 10:50:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015