Ada beberapa terma yang dipelajari sepanjang PRK. Politik - TopicsExpress



          

Ada beberapa terma yang dipelajari sepanjang PRK. Politik nilai. Politik matang. Memperjuangkan politik nilai itu adalah suatu agenda yang terpuji tetapi seringkali kita terperangkap dengan takrifan apakah nilai politik bagi setiap orang? Apakah setiap orang berkongsi nilai politik itu dalam kerangka definisi yang sama? Melalui perbezaan definisi pada nilai politik itulah yang menjustifikasikan kepada tindak-tanduknya. Maka, politik nilai wujud berdasarkan kefahamannya terhadap nilai politik. Sekiranya mereka menyatakan bahwa politik itu suci, maka mereka akan percaya bahwa politik itu penuh dengan kesusilaan, begitu juga sebaliknya. Begitu juga dengan terma yang disebut sebagai politik matang, harus dilihat juga dari perspektif kematangan berpolitik. Dahulu, aku antara mereka yang melaungkan slogan politik matang dan nilai. Tetapi, melalui pemerhatian ini, laungan sahaja tidak mencukupi, kedua-dua terma ini harus diterbalikkan untuk mencari masalah asas. Politik nilai dan matang adalah kesan. Soal inputnya bagaimana? Struktur pemikirannya bagaimana? Cara pandangnya bagaimana? PRK UIAM kali ini harus menjadi suatu lapangan kajian bagi pelajar Sains Politik untuk melihat sample trend kelakuan manusia dan pemikirannya. Itu yang menarik. Mengolah ilmu berpijak realiti.
Posted on: Tue, 05 Nov 2013 17:29:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015