Ada sesuatu yg dapat dipelajari dari rakyat Mesir buat umat - TopicsExpress



          

Ada sesuatu yg dapat dipelajari dari rakyat Mesir buat umat sedunia: 1. Keganasan dan kekejaman pasti akan tumbang akhirnya. Keyakinan inilah yg ada pada setiap rakyat yg turun di jalan seluruh Mesir. 2. Mereka benar-benar memahami hak mereka setelah melalui proses PRU mereka. Risiko mati dan tercedera sudah disiapkan dan merasakannya sebagai sebuah kemuliaan buat agama dan negara. Penipuan dan strategi bodoh si perampas kuasa tidak ditelan lagi oleh majoriti Mesir. 3. Ikhwan makin melonjak namanya bukan saja di Mesir bahkan di seluruh dunia. US, Israel, Iran, Saudi, UAE yang anti Ikhwan gagal meyakinkan rakyat Mesir tentang negatifnya Ikhwan. Mereka dari pimpinan hingga ke relawan biasa tetap bersama rakyat dalam semua keadaan. Bahkan ada di antara pimpinan Ikhwan sendiri syahid di kawasan mereka berhimpun. 4. Perampas kuasa juga gagal meyakinkan dunia tentang keupayaan mereka mengawal politik Mesir secara berkesan sekalipun dokongan kudeta didokong oleh kuasa besar. Kuasa besar kelihatan makin tertekan apatah lagi k etika di beberapa negara berpengaruh spt Turki, EU dan Kesatuan Afrika idea kudeta tidak mendapat sokongan. Bayangkan jika Malaysia, Indonesia dan Brunei juga punya pendirian yg sama hingga mendesak OIC dan beberapa kesatuan lain untuk menolak Kudeta maka sudah pasti Kudeta akan gagal sama sekali. 5. Umumnya rakyat di seluruh dunia khasnya umat Islam yang cintakan perdamaian, keamanan dan hak asasi manusia menolak rampasan kuasa . Walaupun ada sebahagian negara umat Islam majoriti terbelenggu dgn faham Liberal dan sekular nasionalis yang sangat dekat dgn pengaruh idea barat spt mahu mengiyakan kudeta tersebut. Yang jelas mereka semua terpegun dgn kehebatan rakyat Mesir yang teguh pendirian, berkomitmen tinggi dan cintakan negara mereka melebihi dari diri mereka sendiri. Inilah semangat baru yg tercetus dari bumi kinanah hingga menggerunkan para diktator arab dan bukan arab di seluruh dunia. Sejarah ini telah pun tercatat dan ianya akan menjadi lembaran baru dalam peradaban manusia dari bumi kekejaman Firaun. Ikhlas dari Pengerusi MaSSSA #R4Peace
Posted on: Sat, 03 Aug 2013 00:03:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015