Ada suami kata, dia nak isteri dia pakai purdah tak kiralah masa - TopicsExpress



          

Ada suami kata, dia nak isteri dia pakai purdah tak kiralah masa nikah atau selepas nikah sebab isterinya mahal, tak murah. Dia tak dayus. Haih. Isteri yang tak pakai purdah pun mahal jugalah. Masa nikah tu pakai tutup aurat elok-elok, asingkan lelaki perempuan. Hadirin (lelaki) nak tengok, tak tergamak juga nak langkah masuk kalau pengantin perempuan duk dalam rumah. Sekadar jenguk jauh-jauh dari luar tempat makan lelaki je. Mahal atau murah tu bukan pada purdah. Tapi pada bagaimana si suami mencorakkan isterinya tu. Suami nak bawa ke mana, ke arah ikut al-Quran dan Hadis atau tidak. Walaupun dia tak pakai purdah, dia tutup aurat, dia dengar kata suami, dia buat apa Allah suruh, tinggal apa Dia larang. Dia tak gedik lagi setelah bergelar isteri. Dia belajar masak, dia cuba masak yang terbaik. Dia belajar menjahit, dia cuba jahitkan yang termampu. Murah lagi?
Posted on: Wed, 22 Jan 2014 11:54:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015