Ada yang cakap teguran dan kritikan kami sedang digunakan oleh - TopicsExpress



          

Ada yang cakap teguran dan kritikan kami sedang digunakan oleh puak Pakatan Rakyat untuk membidas UMNO dalam beberapa hal. Kiranya, kami sedang membuka pekung di dada dan sebagainya... Tidakkah kita hipokrit apabila kecacatan Pakatan Rakyat kita bising dan kecacatan Barisan Nasional kita senyapkan? Dan apabila BN itu sendiri dibaiki sehingga menjadi sebutan yang menggerunkan pihak lawan seperti zaman Dr Mahathir, HUJAH APA YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH PR UNTUK JATUHKAN BN? Kami yang harungi kesusahan dalam pembidasan setiap isu yang dibangkitkan oleh PR sewaktu BN (Rais Yatim) sedang tidur. Siapa yang jelaskan tentang hutang negara? Siapa yang jelaskan tentang Surat Dr Mahathir Kepada Israel? Dan sebagainya? Ramai juga yang cakap kami ada agenda. Agenda kami untuk jadikan kerajaan sebuah firepower seperti dahulu, yang mampu jelaskan isu secara sendirinya. Bukannya untuk jatuhkan Najib Razak atau sewaktu dengannya. Sebut UMNO ketika UMNO sentiasa menang besar, dan lihatlah betapa gerunnya bunyi UMNO. Sekarang, ibaratkan sampah yang menunggu giliran untuk dilenyapkan. APAKAH NASIB UMNO? KEMUSNAHAN? OLEH KERANA BEBERAPA ORANG PR, ANDA INGIN MENYEMBUNYIKAN KECACATAN SEHINGGA MENJADI KANSER KEPADA PARTI SENDIRI? -- AFDS --
Posted on: Fri, 02 Aug 2013 22:23:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015