Ada yang sudah ada blog sendiri, tapi kenapa mereka masuk kelas - TopicsExpress



          

Ada yang sudah ada blog sendiri, tapi kenapa mereka masuk kelas ini. Baca apa kata mereka. Kelas Asas Blog & Penulisan - Iryani Ahmad Teks : Iryani Ahmad Gambar Google Saya terjebak dalam dunia blogging sejak tahun 2006. Pada masa itu, baru bergelar pelajar tahun satu di universiti. Topik yang ditulis berkisar tentang kehidupan sebagai pelajar baru dan pengalaman lalu sebagai seorang hamba. Ramai rakan alumni sekolah yang menulis blog. Pada tahun ini 2013, saya mengetahui Puan Masayu menganjurkan kelas blog secara online. Tanpa berlengah, saya terus mengambil peluang ini. Kelas asas blog dan penulisan ini sangat-sangat menarik kerana menjanjikan sebuah ebook karya sendiri di akhir kursus penulisan. Selain itu, jadual kelas yang amat fleksibel iaitu mengikut masa pelajar sendiri. Hal ini sangat saya sukai kerana boleh belajar ketika bayi sedang tidur. Puan Masayu sudah menulis nota lengkap tentang penulisan blog dan tugasan yang mesti dilakukan. Tugas pelajar hanya membuat tugasan dan bertanya sekiranya ada yang tak faham. Tugasan yang wajib dibuat adalah menulis selama 44 hari. Kesannya palajar akan mampu menulis laju sebuah entri dalam tempoh 5 minit dan berjaya menulis sebuah blog yang berinfomasi. Sebagai usahawan yang baru nak merangkak dalam dunia bisnes, penjenamaan diri sangat penting agar diri dikenali di kalangan pelanggan khusunya. Antara usaha hebat yang sangat luar biasa adalah menulis di blog dan tulis perkongsian dalam bidang yang kita mahir. InsyaAllah selepas tempoh 44 hari, kita akan dapat pembaca tetap di blog. Pembaca tetap itu akan dapat bertukar menjadi pelanggan kita pula. Blog termasuk salah satu platform jual beli yang tertinggi di Malaysia. Rugilah jika menjadi usahawan tapi tak tahu cara nak manfaatkannya. Blog dapat menjadi pemasaran yang efektif selain di Facebook. Sehingga ke saat ini, saya rasa sangat berbaloi dapat menjadi mentee Puan Masayu. Selain daripada dapat mempelajari teknik penulisan di blog, sedikit sebanyak saya juga dapat belajar ilmu pemasaran dalam dunia perniagaan. Yuran kelasnya juga sangat berpatutan. Saya amat menggalakkan bagi sesiapa sahaja yang mahu mempelajari teknik menulis blog berpengaruh dan sentiasa konsisten dalam menulis blog agar menyertai kelas asas blog dan penulis yang dianjurkan oleh Puan Masayu. Di sini, saya mahu membuat sedikit rumusan apa yang saya sudah dapat apabila menyertai kelas ini : 1.Belajar teknik menulis untuk menghasilkan blog berpengaruh 2.Masa belajar yang fleksibel dan berguru terus dengan Puan Masayu secara online 3.Yuran kelas yang sangat berpatutan 4.Konsisten menulis dengan idea yang sentiasa mengalir 5.Teknik menulis dari jiwa terus ke jiwa pembaca Sumber asal : iryaniahmad.blogspot/2013/06/kelas-asas-blog-dan-penulisan-13062013.html **************************************************** Daftar hari ini untuk dapatkan harga promosi September dan ebook percuma. Sebab sekarang ni percuma 3 buah ebook yang berharga RM125. Dan yuran masih pada harga promosi, dan mungkin juga selepas ini yuran akan kembali seperti biasa dan TAK ADA EBOOK PERCUMA. pm saya Anys Idayu Zakaria untuk langkah analisa sebelum kita masuk kelas :)
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 02:39:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015