Adab Bertamu Riwayat: At-Tabrani Hadith: Rasulullah SAW telah - TopicsExpress



          

Adab Bertamu Riwayat: At-Tabrani Hadith: Rasulullah SAW telah bersabda yang berraksud: "Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah." Huraian Hadith: 1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang dilakukannya. 2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni. 3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu i) Memberi salam terlebih dahulu ii) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali iii) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrim iv) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan v) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah vi) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka. 4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya.
Posted on: Mon, 12 Aug 2013 17:12:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015