Adab-adab penuntut ilmu hadis: آدابُ طَالِبِ - TopicsExpress



          

Adab-adab penuntut ilmu hadis: آدابُ طَالِبِ الْحَدِيْثِ Adab-adab ini merupakan antara adab-adab yang harus dimiliki oleh setiap penuntut ilmu. Hal ini menjelaskan bagaimana proses membentuk diri di dalam mendapatkan ilmu. Ahli hadis amat menekankannya dan mengkhususkannya kepada penuntut ilmu hadis Nabawi kerana kepentingan ilmu ini. Adab-adab yang mengukuhkan dan memantapkan diri seorang penuntut ilmu hadis ini mestilah dititikberatkan dijadikan iltizam. Berikut adalah kesimpulan daripada adab-adab tersebut: 1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T dalam menuntut ilmu hadis. 2. Tidak menuntut ilmu bertujuan mendapatkan habuan dunia. 3. Berakhlak dengan akhlak yang mulia. 4. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu ini. 5. Menuntut ilmu dengan penuh sabar secara berperingkat-peringkat. Penuntut seharusnya memulakan penumpuannya terlebih dahulu terhadap kitab al-Muwatta, al-Sahihain (Bukhari dan Muslim), kemudian Sunan Abi Dawud, Jami’ al-Tirmizi, Sunan al-Nasa’i dan Sunan Ibn Majah. 6. Memulakan proses menuntut ilmu ini dengan para ulama di negaranya, mendengar dahulu daripada seorang ulama yang paling awal, berilmu, masyhur serta diakui kehebatannya dalam agama. Seterusnya memperbanyakkan majlis bersama mereka. 7. Mengembara mencari ilmu ini mengikut kadar kemampuannya. 8. Tidak memberi penumpuan kepada hadis-hadis Daif dan Maudu’. 9. Mengulang kembali hadis -hadis yang telah dihafal dan dibaca kerana muzakarah merupakan cara yang terbaik untuk mengingati semula serta menghayati hadis-hadis tersebut. 10. Menitikberatkan tajwid (cara sebutan, fasahah, baris) sesebuah hadis kerana sebutan bertajwid merupakan perkataan yang terbaik, berbahasa Arab dan melambangkan kefasihan orang yang menyebutnya. Kesemua perkara ini terdapat dalam peribadi baginda s.a.w. Sesiapa yang berbicara mengenai hadis baginda s.a.w., mesti meraikan dan memastikan sebutannya sebagaimana sebutan baginda s.a.w. 11. Berusaha untuk beramal setiap sudut ilmu yang didengar dan dibaca. 12. Bekerjasama dengan rakan-rakan (dalam menuntut ilmu), di samping mementingkan amalan nasihat-menasihati serta berusaha mendapatkan faedah ilmu ini. 13. Menghormati dan memuliakan ahli hadis serta sesiapa sahaja yang mendengarkan hadis kepadanya. Perlakuan ini merupakan antara cara memuliakan ilmu. 14. Tidak terlalu lama bersama dengan guru-gurunya (dalam suatu tempoh menuntut ilmu sehingga pada waktu rehat dan ibadah gurunya) serta menyukarkan guru-gurunya. 15. Sentiasa memastikan perlakuannya diredhai oleh guru-gurunya dan menjauhi segala perlakuan yang mengundang kemarahan mereka. 16. Menjauhi sifat takabbur dan malu yang mengakibatkan terhalang daripada menuntut ilmu. SUMBER: KAMUS ISTILAH HADIS OLEH SYED ABDUL MAJID GHOURI
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 05:01:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015