Adakah Anda Berkemampuan Sekiranya Jatuh Sakit Pada Masa Kini? - TopicsExpress



          

Adakah Anda Berkemampuan Sekiranya Jatuh Sakit Pada Masa Kini? Kemajuan dalam teknologi perubatan yang berkait rapat dengan kemunculan penyakit-penyakit berbahaya masa kini perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Kadar inflasi perubatan sedunia telah dianggarkan kira-kira 10%* setiap tahun. Di Malaysia, kadar inflasi perubatan dianggarkan sebanyak 15%. Lebih 36,000** rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan. (Sumber: The Star*, 14 Mac 2009 & Utusan Malaysia**, 20 September 2011) Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak yang semakin meningkat, anda dan orang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital dari sekarang. Hakikatnya ialah, sesuatu pembedahan yang langsung tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan sama sekali kadangkala boleh melenyapkan keseluruhan simpanan anda. SmartMedic 200 ialah satu kad perubatan tanpa bayaran tunai yang memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan komprehensif dan berkualiti apabila anda benar-benar memerlukannya
Posted on: Mon, 18 Nov 2013 12:27:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015