“Aiseh,pakcik ni tak puasa rupanya di bulan Ramadhan ini. Dia - TopicsExpress



          

“Aiseh,pakcik ni tak puasa rupanya di bulan Ramadhan ini. Dia sambung minum air dan makan kuih yg ku hantar pagi-pagi 4am di kedai tersebut.Tadi baru je solat Subuh berjemaah sama-sama. Pakcik ni jadi imam.” dlm hatiku berkata sendirian pagi tadi. Kemudian aku tertanya-tanya sendirian,adakah sah solat tadi. Termenung sebentar selepas menghantar kuih pagi-pagi. Aku kemudian menarik nafas panjang “Ya,solat aku ni dan seorang lagi makmum sah” kerana tidak melakukan perkara-perkara yg membatalkan solat seperti meninggalkan salah satu rukun solat,berhadas kecil atau besar,makan atau minum,terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat,melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut,berkata-kata,bersuara seperti menangis dan meraung kesakitan secara berlebih-lebihan,berpaling dada daripada arah kiblat,ketawa dengan mengeluarkan suara,terbuka aurat dengan sengaja,berubah niat dan murtad. Selagi tidak melakukan perkara-perkara yg membatalkan solat,maka sah lah solat aku PSS= aku cuma bersangka baik (husnul zon) yg pakcik ni kerja keras (bawa lori keluar masuk hantar barang),maka beliau pun tak puasa. Aku berfikir mungkin dlm hati beliau ada berkata begini “kalau bekerja berat,maka boleh utk tidak berpuasa seperti peperangan di zaman Rasulullah yg boleh mendatangkan kemudaratan,maka boleh lah tak berpuasa”. Tapi ada perbezaan yg besar antara dahulu dgn sekarang.Aku malas berfikir lagi nak membezakan masa dulu dengan zaman sekrang. Entahlah,malaslah.Aku hanya husnul zon.
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 15:12:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015