Akak ini bpk, terlbh dulu bpk ucapkan Selamat Hari Raya utk akak - TopicsExpress



          

Akak ini bpk, terlbh dulu bpk ucapkan Selamat Hari Raya utk akak sekeluarga. Sebnrnya byk yg bpk ndak ungkapkan. Bpk rasa msh blum terlmbt ucapkan SELAMAT HARI LAHIR pd akak 29 Ramadan @ 21 July yg 31st. 31 thn dulu akak dilahirkan seblm takbir hari raya dikemumandangkan dgn tiada sesiapa disisi bpk n ibu. Tanpa sebarang pengalaman bpk tempuhi dgn cekal n berserah ke hadrat Illahi. Mlm tu juga bpk bawa balik uri akak ke rumah Selayang utk di cuci dan kemudiannya ditanam di persimpangan jln..... paham2lah apa yg terjadi. Rupa2nya anak ku kaki rambu. Akak dibsrkan dgn penuh ksh syg, bpk tatang akak dgn penuh kasih syg, rupa2nya bpk berupaya utk ada seorang anak shj. Sebulan selepas akak dilhrkan ibu diarahkan brtukar kerja dibranang pd ketika itu bpk bekerja di Pusat Latihan JKR sekarang di kenali IKRAM. Setelah10 tahun bpk d JKR, bpk bertukar kerja d Petronas Dayabumi n 6 bulan kemudian di lantik sebagai supt depot di kmpg Conggo sekerang dikenali Bandar Tun Razak. pd thun tu 1986 bpk mbawa ibu n akak menunaikan haji, bergelarlah akak sebagai HAJJAH KECIL. Kmbali dari menunaikan haji bpk diarahkan berpindah ke Petronas Kerteh dan disinilah bermulanya berpindahnya kita dr kerteh ke Perai kmdian ke Langkawi blik semula kePenang dan akhir kita menetap di Kulim. Selama akak dlm jagaan kami hingga skg bpk x putus2 medoakan akak kluarga kebaikkan dunia n akhirat. Setiap kali akak membuat silap n kesalahan bpk sentiasa nndapat info dari ibu. Bpk x akan menasihati akak tp bpk sentiasa menasihati ibu apa patut dibuat bukan krn takut tp pada bpk ibu ialah orang yg melahirkan, menyusu, membelai dan membesarkan akak yg amat rapat yg sepatutnya menasihati tata kelakuan akak. Ada juga ketikanya bpk x dpt berkongsi dgn ibu hal2 akak demi menjaga kesihatan dan ketenangan ibu, umpamanya hal akak yg baru2 ni, bpk x meyebelahi sesiapa tapi kata2 nasihat bpk pendek dan tegas. Akak seorang yg bijak, setiap kali bpk marah akak akan paham dgn cepat, dan bertindak dgn berbagai helah supaya bpk bercakap dgn akak. Setiap diam bpk akak akan menjadi risau tp walaupun bpk berpewatakkan serius akak akan dapat mengatasinya dlm masa satu hari, ini dpt bpk perhatikan. Bpk rasa setakat ini sahajalah nukilan bapak utk membalas ucapan harijadi akak utk bpk tempuhhari. Disini bpk ingin berkongsi pengalaman bpk semasa mengerjakan umrah baru2 ni. Sebahagian tlh bpk ceritakan pd akak semasa kembali dr umrah tp yg ini bpk rasa perlu diketahui umum. Kejahatan berlaku dimana2 walaupun dihadapan KAABAH. Bpk ingin mecoretkan kisah ini sebagai panduan tp takut juga jika Allah Yang Maha Agung murkai bpk. Bg menjaga sensiviti bpk x akan nyatakan bangsa n negara yg terlibat tp yg nyata ianya bukan dari negara kita. Semasa bpk bersedia utk ke Masjidil Harram utk menunaikan solat dhuzur, kawan sebilik bpk tanya bpk, " Tahu x apa dah jadi dgn salah seorang jemaah wanita kita?". Akak pahamlah bpk ni x jarang bersama2 mrk, jadi apa2 yg terjadi dlm jemaah itu bpk lewat mengetahuinya. Bpk tnya apa yg terjadi, baru dia cerita; salah seorang jemaah wanita kita hilang duit dihadapan Kaabah. Kisahnya; sedang jwm (jemaah wanita Malaysia) tawaf, dtg wanita bertanyakan jwm hndak cium Hajar Aswad x?. Kerana eagar sgt nak cium Hajjar Aswad jwm pun bersetuju. Jwm dibawa jumpa seorang lelaki kurus dan dibawa kehadapan Kaabah, bpk x pasti samaada jwm berjaya mencium Hajjar Aswad atau tidak tp bila sedar jwm kehilangan wang RM3k Setelah itu bpk pun pergi ke Masjidil Harram dan terus melakukan tawaf sunat mengantikan tahayatul masjid. Pd tawaf ketiga diantara Rukun Yamani n Rukun Hajjar Aswad, bpk ditegur seorang wanita cantik mcm ibu masa muda. Bapak mahu cium Hajjar Aswad, dia tegur bpk. Ingatan bpk terus pd cerita roomate bpk. melihat bpk x layan ia hampir bpk dan tarik lengan baju bpk, bpk sentap dengan segera dan teruskan tawaf bpk. Selepas melepasi Maqam Ibrahim bpk nampak selipar sebelah, bpk pun kutip dgn niat nak buang keluar selepas selesai tawaf sunat nanti supaya tidak datang kemudaratan pada jumaah yg sedang tawaf. Sekali lagi apabila smpai diantara Rukun Yamani n Rukun Hajjar Aswad bpk ditegur sekali lagi, kali ini lelaki kurus rendah dari bpk; mahu cium Hajjar Aswad katanya pd bpk, pd ketika itu temp bpk naik mendadak, bpk hampirinya bpk terus hulurkan selipar sebelah pd lelaki itu, melihat bpk menghulurkan sebelah selipar mukanya mencuka. bpk terus tinggalkan dia dn sempurnakan tawaf bpk. Disini apa yang dapat kita kutip ialah pengalaman n pehgetahuan. Utk mengakhiri coretan bpk ni, bpk sgt teruja nak menyatakan pd mereka2 yg nak mengerjakan umrah cari TIRAM TRAVEL, layanan ia dari kita bertolak dari Malaysia, semasa dipenginapan di Kota Mekkah n Kota Madinah, lawatan sehingga kembali semula ke Malaysia sentiasa bersama mutawif yg dilantik. Mutawif pula sgt bertanggung jawab menjaga keselamatan dan keselesaan jemaah mereka. Disini saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya pada mutawif saya Tuan Hj Hanafi dari Masjid Jelutong Penang. Kalau saya ada rezeki lebih saya akan bawa jemaah saya melalui Tiram Travel dan sudah tentu Tuan Hj sebagai mutawif kumpulan kami, Insha Allah. Satu nasihat bpk, " Isteri ni amat mudah memasukki SHURGA TUHANNYA hanya dengan mentaati, menghibur dan menyenangkan hati suaminya, jika ada masaalah berbincang dan sebagai suami hendaklah banyak bersabar dg kerenah isterinya kerana kerenah itu merupakan asam garam dlm kehidupan berumah tangga. Bayangkan jika MASAKKAN tanpa asam garam........." Sekian dari bapak dan sampaikan peluk cium rindu bpk pd cucu2 Dzulqarnain n Haidar Umair. Assalamuailaikum wbt
Posted on: Thu, 08 Aug 2013 10:20:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015