Akan datang! Cinta 11 Syarat - Muna Mahira Cerita di awal - TopicsExpress



          

Akan datang! Cinta 11 Syarat - Muna Mahira Cerita di awal perkahwinan...hehehehe... Kemudian, matanya melotot lama pada imej objek yang dipegang suaminya. Kala itu matanya mahu sahaja terjojol keluar lalu melantun ke tanah melihat aksi selamba suaminya yang sedang menggantung baju dalamnya yang berwarna merah. Baju dalam yang sama dipilih lelaki itu untuknya ketika dia ‘terperangkap’ di dalam bilik air dua hari lepas. Mulutnya automatik terbuka luas. Namun tiada suara yang terbit. Mungkin mahu menjerit. Mungkin juga hanya reaksi terkejut. Apapun dia terlongo lama di situ. Darah terasa menyerbu ke muka. Marahkah? Malu sebenarnya dengan gelagat sendiri. Dia hanya mampu memandang bila seluar dalamnya yang juga berwarna merah turut menjadi mangsa kerajinan lelaki itu untuk diampaikan. Bukan habis di situ sahaja. Satu set lagi pakaian dalamnya yang berwarna pink pula menjadi pilihan lelaki itu. Ingin sungguh dia menegah. Namun mulutnya terkunci terus walaupun ternganga luas. Kakinya pula ibarat melekat terus di lantai tidak memungkinkan dia berhadapan dengan lelaki itu. Belumpun habis kejutan di dada, tubuhnya disenggol kasar Puan Saodah yang entah muncul dari mana. Orang tua itu mencerlungnya tajam. Kemudian dilarikan pandangan pada si anak yang masih begitu rajin menyidai pakaian. Rasya terkulat-kulat. Habislah aku, bernanah lagi telinga aku... Dia tunduk dan jeling-jeling juga dua beranak itu. “Kenapa kamu yang buat semua ni? Isteri kamu buat apa? Dah ada isteri tu takkanlah nak kena buat sendiri jugak. Siap baju dia pun kamu basuh sekali,” sergah Puan Saodah. Dijeling menantunya yang tidak berkutik sedari tadi. Haziq menoleh. Baru tersedar ada pemerhati dalam diam. Dia menayang wajah selamba. “Sya tak sihat tadi. Ziq tolonglah. Bukan susah pun.” Dia terus mengosongkan bakul yang masih tinggal separuh isinya. “Kau nak jadi mem besar dalam rumah ni? Tak reti nak menolong bila dah sihat tu? Nak biar anak aku jadi kuli kau pulak ke?” Tohmahan Puan Saodah tanpa usul periksa perit menampar gegendangnya. Suara Puan Saodah hampir membuatnya melompat. Kakinya laju sahaja mendapatkan Haziq. Teragak-agak mahu merampas baju dalam yang berada di tangan lelaki itu. Panas wajahnya seketika. Malu. “Biar saya buat.” “Sya kan tak sihat... pergilah rehat. Tengok muka tu dah merah-merah. Panas sekarang ni,” ujar Haziq menyangka wajah isterinya memerah kerana terik mentari. Baju dalam isterinya masih tidak lepas dari tangan. Mahu sahaja dia mencekik lelaki itu. Merah kerana malu dengan merah kena panas pun tak tahu bezakan. “Tak apa. Saya dah sihat dah ni. Dah rehat tadi,” ujar Rasya berkeras. Dia sendiri sudah tidak sanggup membiarkan lelaki itu menyentuh ‘sotong keringnya’. Oh, kenapalah lelaki ni selamba sangat? “Tak apa, abang boleh sidai.” “Saya aje yang buat.” “Abang buat.” Sudah! Mereka bertarik-tarik pula seolah-olah baju dalam Rasya begitu bernilai tidak terhingga. Puan Saodah menggeleng kepala melihat telatah anak menantunya. Rasa meluat ada, rasa gelihati pun ada. “Putus dua pulak karang ‘cermin mata’ tu.”
Posted on: Fri, 26 Jul 2013 03:30:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015