Akibat arak dan salah faham, teruk dibelasah abang 9 Julai - TopicsExpress



          

Akibat arak dan salah faham, teruk dibelasah abang 9 Julai 2013 KULIM - Akibat dipengaruhi alkohol, dua beradik sanggup bergaduh di hadapan sebuah restoran nasi kandar kira-kira jam 5 pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, orang ramai yang berada di tempat kejadian memaklumkan kepada polis mengenai situasi itu berikutan melihat keadaan mangsa yang teruk dibelasah abangnya. Menurutnya, kejadian berlaku apabila berlaku salah faham di antara kedua beradik itu. "Mengikut makluman, ketika pergaduhan berlaku, mangsa mencabar abangnya dan menyatakan akan mencederakannya di masa akan datang. Berang dengan kenyataan dibuat mangsa, abangnya itu terus memukul dan menumbuk mangsa sehingga ke tengah jalan. “Bagaimanapun keadaan dapat dikawal setelah sebuah unit MPV sampai di tempat kejadian dan membawa kesemua terlibat ke Balai Polis Kulim. “Dari semakan dibuat mendapati abang mangsa mempunyai tiga rekod lampau dan pernah menjalani hukuman," katanya. Ghuzlan berkata, ternyata apabila seseorang berada di bawah pengaruh alkohol, perkara buruk pasti akan berlaku. "Terlalu banyak kes seperti ini. Saya harap pihak bertanggungjawab perlu mempertimbangkan semula penjualan arak secara terbuka ini. Perketatkan lagi penjualannya terutamanya kepada golongan anak muda.," katanya kepada Sinar Harian.
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 07:33:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015