Aksi pertama Aimar 14 Ogos Pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) - TopicsExpress



          

Aksi pertama Aimar 14 Ogos Pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) musim depan, Pablo Aimar akan membuat penampilan pertama bersama Johor Darul Takzim (DT) ketika kelab itu menentang Perth Glory pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 14 Ogos ini. Aimar yang dikatakan bernilai RM6.1 juta semusim dan akan menyertai Johor DT musim depan, dikhabarkan sudah mengesahkan untuk beraksi pada aksi pemanas badan sebelum kempen Piala Malaysia bermula 20 Ogos ini. Sumber Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, turut bersama Aimar pada perlawanan itu ialah bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia, Cesar Ferrando Jiminez yang ditugaskan untuk menilai corak permainan skuad Harimau Selatan. Katanya, Jiminez yang akan dilantik sebagai ketua jurulatih Johor DT musim depan bakal menjadi penasihat kepada jurulatih, Azmi Mohamed yang mengambil alih tugas dari Fandi Ahmad yang kini memegang jawatan pengurus pasukan. Kelibat Edwards Lebih membanggakan adalah penampilan ibarat sirih pulang ke gagang bekas pemain import Johor, Allistair Edwards yang kini menjadi jurulatih pasukan kelab Liga A Australia itu, katanya semalam. Edwards kali terakhir bersama Johor pada musim 1991 apabila membantu pasukan itu muncul juara berganda, Piala Liga dan Piala Malaysia. Sumber itu berkata, perlawanan itu bakal menjadi medan terakhir buat skuad Harimau Selatan sebelum memulakan kempen Kumpulan B Piala Malaysia selepas diundi bersama T-Team, FELDA United dan PKNS Selangor. Jika dinilai laluan mudah memihak kepada barisan anak didik Azmi untuk melangkah ke suku akhir buat pertama kali mengulangi kejayaan Johor FC pada musim lalu, katanya.
Posted on: Fri, 02 Aug 2013 00:43:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015