Akta Mahkamah Syariah 1965 yang kali terakhir disemak kira-kira 25 - TopicsExpress



          

Akta Mahkamah Syariah 1965 yang kali terakhir disemak kira-kira 25 tahun lalu perlu dipinda bagi membolehkan hukuman lebih berat kepada pesalah jenayah syariah, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Akta adalah ciptaan manusia akhir zaman, kerana tidak yakin dengan akta Allah swt. Ramai ilmuan Islam yang terpengaruh dengan akta, disemak, digubal, dicipta baru kononnya dapat mengawal manusia dari terjebak dalam maksiat, apa yang kita lihat maksiat semakin menjadi2 dengan bertambahnya akta itu dan ini. Allah swt jadikan manusia dengan satu akta sahaja ia itu al Quran dan hadith, selagi mana manusia Islam tidak yakin dengan akta ini, ciptalah sebanyak mana akta akan hanya tinggal auta. Kalaulah akta manusia memberi kesan, keadaan hidup manusia akan bertambah baik tapi malangnya sebaliknya. Umat Islam sendiri tidak yakin dengan akta Allah swt, sehingga khiamat pun manusia tidak akan berubah malah iman manusia hari ini bertambah lemah dan semakin hari semakin terhakis iman seterusnya terkeluar dari Islam. Cukup malang Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw hanya terkesan di mulut saja, hati dan perbuatan jauh dari hidayah. iman2taqwa.blogspot iman2taqwa.blogspot
Posted on: Mon, 23 Sep 2013 02:29:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015