Aku rasa tak adil pada diri untuk menyokong Sabasun semata-mata. - TopicsExpress



          

Aku rasa tak adil pada diri untuk menyokong Sabasun semata-mata. Kerana Sabasun adalah sebuah entiti perniagaan. Cuma, berbeza dengan Hyper market yang lain, sekurang-kurangnya, syarikat itu tidak menggalakkan kemasukan pekerja asing yang akan menumpulkan ruang kepada peluang bekerja sama ada part-time atau full-time masyarakat tempatan. Yang aku kisahkan adalah nasib peniaga kecil di kawasan Wakaf Tembusu di kawasan Pasar Batu Enam. Pengalaman di Turki, mereka meraikan para peniaga dengan menyediakan Grand Bazaar. Di situ, para peniaga bebas berniaga. Harganya juga bergantung kepada situasi persaingan di bazar itu.
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 14:29:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015