Aku suka ayat dia. JUJUR October 07, 2013 Balutlah Anak Remaja - TopicsExpress



          

Aku suka ayat dia. JUJUR October 07, 2013 Balutlah Anak Remaja Anda Dengan Selimut Jika Dia Degil Nak Pakai Mini Skirt Kau masih ingat lagi kali pertama kau jatuh cinta dan cinta kau dibalas? Seronok bai waktu tu. Lagilah pulak kalau kau jenis macam aku, kerap benar kena rejek dengan perempuan sehinggakan kadang2 give up dan nak declare diri gay bidan terjun atau gay terpaksa @ gay poyo. Paling penting, bila kau jatuh cinta dan cinta kau tu dibalas, secara automatik dalam kepala otak kau, kau dah congak dah macam mana masa depan kau dengan dia. Seriously, jujur ikhlas, semua perempuan yang rejek aku, aku tak pernah nampak masa depan aku dengan dia...cuma mungkin sebab nafsu punya pasal aku try approach perempuan2 tu. Bila kau jatuh cinta dengan seseorang, kau akan nampak semua benda yang kau nak nampak. Benda2 yang kau harapkan dia dapat penuhi satu hari nanti. Membuatkan kau optimistik dalam hidup yang kau sedang buat the right choice. Aku pernah rasa benda ni satu masa dulu. Dalam tahun 2002. Cuma seperti orang selalu kata, langit tak selalu cerah....jadi bercinta ni ada naik turun dia. Kepada yang tak tau apa rasa bercinta, aku maklumkanlah, proses cinta ni tak best. Sebab itu agama larang kau bercinta sebelum kahwin. Banyak faedahnya kalau kau dengar cakap agama dalam bab ni. BANYAK! Kau Islam? Kau nak jadi Muslim sejati? Jangan bercinta sebelum kahwin! Kau nak berkenal-kenalan, kenallah seberapa ramai pun kau nak. Tapi jangan lah declare hati kau hanya untuk dia tanpa sebarang lafaz nikah. Hari Khamis minggu lepas, aku pun ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk daftarkan nama anak aku. Secara jujurnya, aku tak tau nak taruk nama penuh dia apa. Aku dah decide dua nama dari first day aku tau wife aku mengandung tapi aku tak tau nama penuh apa nak bagi. Aku pun duduk aje la dekat JPN, tak sure nama apa nak isi. Kemudian aku bukak balik tengok gambar anak aku dan bertanya dengan dia...nama apa aku nak bagi dekat kau? Hormon emosi femina aku tiba2 menyerang aku dengan tiba-tiba dan dengan tak mampu dikawal, fikiran aku mula terfikir pasal masa depan dia macam mana, dia sekolah mana, kalau dia sekolah asrama nanti macam mana, masuk universiti mana, nanti nak kahwin masa tu lembu seekor berapa, waktu tu kenduri adakah akan menggunakan teknologi laser ala2 Pink Floyd dan bermacam2 lagi lah. Hinggalah last sekali aku terfikir, mampu ke aku, satu hari nanti, passkan beban dan tanggungjawab jaga anak aku ni dekat lelaki lain? Mampu ke aku? Serentak dengan tu, depan kaunter JPN tu, dengan kerani tu duk tengok aku, air mata aku mengalir. Tapi nasib baik sikit aje. Memang macam haram jugak la rasanya nak cover. ............. Buat sementara ni, first step yang aku boleh buat adalah pastikan nama dia elok maksud dia. Aku pun tuliskanlah nama dia dekat borang JPN tu, "Asma Aisyah..." Apa yang jadi lepas2 ni, harung aje la step by step. Hopefully dia membesar elok, tak tanggal tudung bila aku tak ada, tak bagi lelaki peluk dia, tak pakai short, tak jadi lesbian, tak jadi Miley Cyrus, tak join Puteri UMNO. Tak join Sisters in Islam. Tak belajar bercinta sebelum kahwin. Jadi wanita Solehah yang memperjuangkan feminism yang betul, bukannya feminism ala2 whoring yang banyak dijaja masa kini. Takyah nak berangan nak jadi model sebab aku sure dia akan membesar jadi hot sebab aku hensem. Hijabista pun takleh! Paling penting, kalau dia dah kahwin, dia tak menyusu cucu aku di khalayak ramai depan kamera, suruh orang ambik gambar dengan alasan nak raise up an issue. Dengan suami2 dia pun aku tampar kalau dia bagi keizinan dan galakan buat camtu. Itupun, kalau aku hidup lagi la waktu tu. Oh, tidak, air mata aku mengalir lagi. sumber : cursingmalay.blogspot/2013/10/balutlah-anak-remaja-anda-dengan.html
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 05:12:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015