Al-Faqir Muhammad James Al-Almaniy : Oleh kerana projek tersebut - TopicsExpress



          

Al-Faqir Muhammad James Al-Almaniy : Oleh kerana projek tersebut terletak di negeri Pulau Pinang yang pentadbirannya dikuasai oleh Pakatan Rakyat, bagai dijangka macai-macai UMNO tanpa usul periksa telah menyalahkan Kerajaan Negeri. Seorang pencacai yang merasakan dirinya bijak padahal bodoh telah meminta penjelasan mengenai insiden tersebut dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini kerana beliau mendakwa Kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd. Telah dilantik oleh PDC yang Pengerusinya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sedikit fakta yang rakyat Malaysia perlu tahu mengenai projek ini.. ~ Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara. ~ Pembinaannya membabitkan perbelanjaan RM4.5 bilion melalui pembiayaan bank. Sejumlah RM1 bilion daripada perbelanjaan itu bagaimanapun diperoleh oleh syarikat dari China, China Harbour Engineering (CHEC) yang turut terlibat di dalam pembinaan jambatan itu. ~ Penglibatan CHEC adalah bertujuan membangunkan sebahagian struktur Jambatan Kedua, memandangkan syarikat itu mempunyai kepakaran antarabangsa di dalam aspek pembinaan jambatan berteknologi tinggi. ~ Jambatan itu dibina dengan teknologi penyerapan gegaran gempa bumi sehingga mencecah bacaan 7-8 pada Ritcher. ~ Tempoh konsesi dan kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna yang melalui jambatan ini, masih lagi sedang diteliti oleh Jawatankuasa Penswastaan di Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri . ~ Kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah seperti berikut:- 1. Chec Contructions (M) Sdn. Bhd ~ Negara Asal: Republik China. Tarikh Milik Tapak 8 November 2008; 2. UEM Builders Berhad ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 8 Jun 2009; 3. Cergas Murni Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010; 4. IJM Contructions Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Selangor. Tarikh Milik Tapak: 28 Jun 2010; dan 5. HRA Teguh Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010 ~ Setakat 30 September 2010 seramai 106 subkontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 26 subkontraktor atau 24.5% merupakan kontraktor yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang.
Posted on: Sat, 08 Jun 2013 06:22:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015