[Al-Kisah Bonus Raya - Antara 500MYR dan Sebulan Gaji] Apabila - TopicsExpress



          

[Al-Kisah Bonus Raya - Antara 500MYR dan Sebulan Gaji] Apabila Kerajaan Selangor beri bonus raya sebulan gaji, maka ianya rezeki buat penjawat awam di Selangor. Oleh yang demikian, kita dapat lihat duit simpanan negeri Selangor mampu untuk menampung bonus sebulan gaji buat 21,776 penjawat awam khususnya di Selangor. Syabas Kerajaan Selangor, semoga Allah memurahkan lagi rezeki negeri Selangor. Tapi pabila kita melihat dalam kerangka Malaysia, DS Najib hanya memberi 500MYR sebagai bonus raya, maka kita seharunya berfikir positif mungkin nilai sejumlah itu sahaja yang beliau mampu luluskan berdasarkan kapasiti & ketahanan ekonomi negara untuk jutaan penjawat awam di seluruh negara dari Perlis sehingga ke Sabah. Mungkin juga perancangan DS Najib memberi jumlah yang sedikit itu pada perayaan kali ini dengan adanya perancangan untuk memberikan bonus 500MYR lagi untuk perayaan akan datang yang bakal disambut seperti raya haji, raya cina, raya krismas, dan perayaan lain yang disambut di Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia kan kan? Terima kasih juga DS Najib yang prihatin & berfikiran jauh. Semoga Allah memurahkan lagi hasil Tanah Melayu. Akhir qalami, Islam mengajar untuk kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi mungkin juga ianya nikmat bagi kita, mungkin juga ianya ujian buat kita. Maka berwaspadalah. Tambahan juga, kita perlu bersangka baik dengan kedua dua pimpinan tersebut atas pemberian bonus raya yang telah diluluskan oleh mereka. p/s 1. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa 2. Jimat cermat amalan mulia 3. Rezeki Allah itu luas. insyaAllah rezeki masing masing ada menanti anda. 4. Jangan lupa doakan umat Islam di Syria, Palestin, Mesir, Rohingya dan juga diseluruh tempat. Ringankan tangan membantu mereka. 5. Jangan lupa bayar zakat naaa!!!
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 04:10:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015