Al-Waaqiah [1] Apabila berlaku hari kiamat itu, [2] Tiada - TopicsExpress



          

Al-Waaqiah [1] Apabila berlaku hari kiamat itu, [2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. [3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). [4] (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. [5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, [6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, [7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); [8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? [9] Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? [10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); [11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), [12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
Posted on: Mon, 10 Feb 2014 23:53:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015