Alhamdulillah. Baru ada masa untuk sit down and recollect my - TopicsExpress



          

Alhamdulillah. Baru ada masa untuk sit down and recollect my thoughts. First of all, alhamdulillah, Allah willing, I did well for the professional exam. A very big thank you to all Basic Medical Science 1 lecturers who taught us and inspired us a lot. You will always be in our prayers insya-Allah. And thanks to my family & friends for the support, and congratulations to all my classmates for working so hard for the exams. Each of our results is tailor-made for us by Allah: it is a custom blessing and reminder, as pulling and pushing factors to keep us close to Him. The most important thing bukannya keputusan yang kita dapat, tapi bagaimana kita menyikapi keputusan tersebut. Sikap mukmin hanya dua: syukur dan sabar, dan ramai ulama berpendapat (menurut Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh Prioriti) sebenarnya syukur itu jauh lebih sukar daripada sabar. Makin tinggi keputusan kita, makin sukar untuk kita menyikapinya dengan syukur. So, keep calm & syukur & sabar :) Secondly, alhamdulillah Allah beri peluang untuk join TeenACE di TM Convention Centre kelmarin & semalam. Pengarah TeenACE, Numan Saadan dah lama beritahu pada aku dan beberapa sahabat lain tentang rancangannya untuk program ni – I think more than two years ago? Banyak halangan dan cabaran dihadapi oleh TeenACE: dibantah, ditangguhkan, tempat dicancelkan last minute, etc. Aku sendiri keluar masuk dalam committee sampai last sekali “tapisan Allah” menyebabkan aku tak termasuk dalam final runners untuk TeenACE :P In my opinion, beginilah sepatutnya program. This is the future I want to see. TeenACE is a sneak peek of the future of the Muslim youth, or of the ummah itself. TeenACE dirancang oleh LangitIlahi, tapi volunteers-nya datang daripada pelbagai “lapisan” (read: fikrah) masyarakat, booth-booth yang dibuka adalah “contenders” of LangitIlahi: Brotherhood Arts, Majalah JOM!, Syihab EduConsult. Penyampai-penyampainya pun, Amin Idris, Ustaz Hasrizal, Anwar Hadi, Adibah Awang, Aisyah Shakirah, IM Asyraf, MrTheAllShared, TFTN etc. Kalau core business LangitIlahi adalah untuk menghasilkan vlog, buat apa panggil vloggers lain? Kalau untuk menjual buku, buat apa jemput penulis lain? Tapi tidak. Core business LI ialah mencetak manusia. Bak kata Imran Koyube, pengasas iluvislam, yang diquote oleh BroHamzah, kita bukan nak bersaing, tapi nak memperbanyakkan team-team begini supaya Islam lebih luas tersebar. Kita bukan nak luaskan jenama atau “fikrah” kita. Kita nak luaskan Islam. Apabila TeenACE ini digenggam amanahnya oleh LangitIlahi, tidak kedengaran lagi “kita tak boleh jemput penceramah tu, dia bukan daripada fikrah kita”. Our concern is Islam and only Islam. Bigger still, our concern is to become rahmatan lil ’alamin: mercy upon mankind. Aku harap veteran Islamis faham bahawa fityah & fatayat (secara umumnya, bukan daripada mana-mana kumpulan khusus) sudah jemu terhantuk tembok Berlin yang didirikan sendiri oleh paranoia terhadap masa lalu. Kita sedang berlari menuju cita, tapi terhantuk tembok yang kita bina sendiri. Lalu kita berlari lagi, terhantuk lagi. Masa untuk memecahkan tembok tersebut. Break the siege. On a side note, aku ingat hati aku akan “kering” sedikit menghadiri program yang dilabel “rebel” oleh sesetengah orang. But I could not be any more wrong: program ini program yang menghidupkan hati dan juga akal. Hati dan akal menari meningkat in tandem. Alhamdulillah, puas. Tahniah Hilal Asyraf, Numan Saadan, crew TeenACE, family LI dan semua yang telah menjayakan TeenACE secara langsung ataupun tidak langsung. You guys are my inspiration. Seeing you guys is like seeing the future. Keep pushing the boundaries set up by the closed minded among us to raise Islam higher and higher, to make the world better and better, until there is no more boundaries to be pushed save the immovable boundaries of the Almighty Subhanahu Wata’ala.
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 01:32:56 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015