Alhamdulillah, sokongan anda semua terhadap usaha kami 20 pengasas - TopicsExpress



          

Alhamdulillah, sokongan anda semua terhadap usaha kami 20 pengasas bersama isteri-isteri kami dan juga anak-anak kami serta semua asnaf & anak yatim yang mengusahakan Rumah Pengasih Warga Prihatin dalam konsep Al-Bait (Rumah) dan pengisian dalam rumah itulah "Keluarga" dan kami memang keluarga besar sejumlah 105 orang keseluruhannya. Atas dasar keluarga juga kami menjadi entiti tunggal kebajikan yang menjana pendapatan sendiri dan tidak pernah meminta sumbangan , derma atau menghantar anak-anak kami berjual. Walaubagaimanapun, telah ramai masyarakat mula melihat model operasi itu yang mereka sukai dan mereka memberikan sumbangan TANPA diminta. Tidak kira Cina, India, Melayu mahupun bangsa asing seperti Arab, Swedish & Singaporean termasuk pemimpin tertinggi negara iaitu YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak sendiri. Teruskan menyokong dan teruskan memberitahu rakan fb anda untuk like page Warga Prihatin ini. Kami akan bawakan info dan perkongsian maklumat lebih aktif dari hasil pantauan, observasi, penyelidikan kita di RPWP untuk masyarakat umumnya. Salam hormat semua WP Recommend rakan anda untuk like page ini ye.
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 04:35:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015