Alhamdulillah sudah terima satu jemputan tazkirah Ramadhan antara - TopicsExpress



          

Alhamdulillah sudah terima satu jemputan tazkirah Ramadhan antara solat tarawikh. Tak pernah-pernah dijemput sebelum ini. Dulu di UTP saya selalu bagi tazkirah yang "tak diundang" di Masjid dan di surau kolej-saya "volunteer" diri selepas solat Maghrib dan Isyak untuk bicara hal-hal ummah. Saya juga suka bagi tazkirah dalam kelas dan dewan kuliah (dan ramai yang menyampah dengan saya; kata mereka saya mencapap). Serampang dua mata: dakwah dan ruang untuk mengasah kemampuan pengucapan awam. Kalau di surau kolej saya selalu berucap di hadapan para pelajar antarabangsa dari Sudan, Mesir, Chad, Turkmenistan, Uzbek, Habsyah, Indonesia, Thai. Selalu saya kongsikan hal-hal geopolitik dan berkongsi rahsia kejayaan Malaysia sebagai negara Islam yang stabil dan harmoni agar rakan-rakan dari negara lain dapat ambil ibrah. Video ini merupakan siri wacana lepas solat Isyak yang mana saya akan berucap mengajak rakan2 antarabangsa - baik undergrad dan post-grad - berkongsi pandangan mereka tentang politik, budaya, ilmu, dan kemelut yang melanda negara masing2 dan bagaimana Islam dapat terus di perjuangkan dalam ruang dan keterbatasan yang ada. Sayang hal-hal ini tidak sempat jadi budaya selepas saya tamat belajar; mungkin tiada pelapis dan jemaah Islam tidak mampu dan berminat nak "engage" dgn siswa antarabangsa.
Posted on: Sun, 07 Jul 2013 12:19:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015