Allah jugalah yang Maha Merancang segalanya. Saya mengalami - TopicsExpress



          

Allah jugalah yang Maha Merancang segalanya. Saya mengalami vaginal wall tear yang teruk. Ada empat luka dengan apex yang jauh ke dalam. Disebabkan saya masih mempunyai epidural, proses repair terus dilakukan di labor room saja tanpa perlu dibawa ke dewan bedah. Hampir 2 jam saya dijahit-jahit untuk menghentikan pendarahan. Saya kehilangan hampir 1 liter darah. Untuk bersalin secara biasa, lebih daripada 500 ml sudah dikira sebagai postpartum hemorrhage (PPH). Ketika dijahit, anak saya diletakkan di dalam cot di bawah warmer bilik yang sama. Disebabkan PPH, saya tidak dimasukkan ke wad biasa postnatal sebaliknya ditahan di HDU labor room untuk pantauan. Hemoglobin selepas bersalin juga terus jatuh menjadi 9. Hampir pukul 9 malam, barulah saya betul-betul dapat berehat. Suami saya membawakan anak saya kepada saya dan saya pun terus menyusukannya.
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 09:11:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015