Allahyarham Zal-Azri naik pangkat Sarjan 2013/09/26 - 05:50:17 AM - TopicsExpress



          

Allahyarham Zal-Azri naik pangkat Sarjan 2013/09/26 - 05:50:17 AM Cetak Emel Kawan Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan kenaikan pangkat secara ‘posthumous’ atau anumerta kepada Allahyarham Koperal Zal-Azri Abd Somad, yang terkorban ketika menjalankan tugas di Melaka, Isnin lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata menerusi kenaikan pangkat itu, Allahyarham Zal-Azri, 31, yang berkhidmat di Bahagian Curi Kenderaan (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, kini dinaikkan ke pangkat Sarjan. “Kenaikan pangkat secara ‘posthumous’ ini adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan beliau’ “Kita juga akan salurkan apa juga jenis bantuan sewajarnya kepada isteri Allahyarham dan dua anaknya yang masih kecil kerana menjadi tanggungjawab PDRM memastikan kebajikan keluarganya terpelihara,” katanya. Beliau memberitahu demikian selepas menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi Strategi Laut Biro Kebangsaan (NBOS) 8: Komunikasi Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam. Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Akhbar sebelum ini melaporkan Allahyarham Zal-Azri meninggal dunia akibat cedera di kepala dan muka dipercayai dihentak batu dalam pergelutan dengan penjenayah. Ketika kejadian, mangsa bersama empat rakan setugas menyerbu sebuah premis dalam Ops Lejang susulan kes kecurian lori di Taman Teknologi Cheng, Melaka. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Atiqah Mohd Rosdi, 29, dan dua anak, Mohamad Habibullah, 4, dan Mohamad Atiqullah, lima bulan.
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 02:01:23 +0000

Trending Topics



in-height:30px;">
Prime Minister Narendra Modi, who pioneered India’s first solar
Twenty minutes. Thats all it was. Just twenty minutes. I played
Xiddiga Barcelona Neymar ayaa sheegay inuu yaqaano sida loo
This is a great move for your core and chest. Lie flat on your

Recently Viewed Topics




© 2015