Ambiga sokong himpunan turunkan Pengerusi SPR 15 Jun PUTRAJAYA 4 - TopicsExpress



          

Ambiga sokong himpunan turunkan Pengerusi SPR 15 Jun PUTRAJAYA 4 JUN: Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga menyokong Himpunan Black 505 di Kuala Lumpur 15 Jun ini walaupun kerajaan mengenakan tindakan keras terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis. Katanya, salah satu matlamat perhimpunan adalah untuk mendesak perletakan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan penipuan pilihan raya. “Semua orang mempunyai hak perlembagaan untuk menyertai perhimpunan. SPR perlu meletakkan jawatan,” kata Ambiga dipetik The Malaysian Insider. Beliau berkata demikian di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya hari ini ketika mahu bertemu Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad. Ia bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataannya baru-baru ini mengatakan pasport lebih 6,000 rakyat Malaysia akan dibatalkan kerana mencemarkan imej negara di luar. Namun pegawai-pegawainya memberitahu, beliau kini tiada dan satu mesyuarat akan diatur minggu depan. Ambiga juga mempunyai pandangan sama dengan Pakatan Rakyat agar Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan supaya perubahan sebenar boleh berlaku. Sebelum ini beliau menyatakan, tidak bermakna SPR diletakkan di bawah Parlimen jika badan itu tidak diletakkan dengan muka baru. Lima ahli-ahli politik, Tamrin Ghafar dan Tian Chua, bersama-sama dengan aktivis Haris Ibrahim, Muhammad Safwan Anang dan Hishammuddin Rais didakwa minggu lepas di mahkamah di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Semalam, pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan terhadap usaha badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan himpunan Blackout 505 pada pertengahan Jun. Himpunan Blackout 505 bermula pada 8 Mei lalu di Kelana Jaya, Selangor yang menyaksikan kepadatan lebih 120,000 rakyat membantah penipuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Ia kemudian diadakan di sembilan buah lokasi yang menyaksikan puluhan ribu rakyat berhimpun bagi membantah penipuan PRU. Himpunan itu akan diteruskan di empat negeri sepanjang Jun ini iaitu 10 Jun di Perlis, 11 Jun (Sungai Petani, Kedah), 12 Jun (Kota Bharu, Kelantan) dan 14 Jun (Batu Pahat, Johor). Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.
Posted on: Fri, 07 Jun 2013 05:25:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015